Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Wednesday, April 22, 2009

Jamin selamat ke bertudung?

"Siapa kata bertudung selamat? Bukti dah ada! Yang bertudungpun kena rogol! Sudahlah begitu, dibunuhnya pula mangsa dengan menjerut leher menggunakan tudung!" Luah hati seorang itu.





Kredit foto: Awek Tudung

Kenapa agaknya ya jadi begini?

Adakah gadis bertudung seperti inipun pernah turut jadi mangsa?



Yang tidak kena tapi kita malas nak ambil peduli!



Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini dalam kita melayari kehidupan ke arah mendapat keredhaanNya juga.



"Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan penuh kepuasan dan mendapat keredhaan dariNya. Dan silalah masuk ke dalam kumpulan para hamba kesayanganKu. Dan silalah masuk ke dalam syurgaKu." (Al Fajr: Ayat 27-30)

BTW... these girls are so sweet... :)

Friday, March 27, 2009

Wanita vs Lelaki



Dalam satu temuramah di rumahnya di Heliopolis, Mesir pada tahun 1981, Zainab Al-Ghazali berkata:

“Islam telah menyediakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan. Islam memberikan wanita semuanya - kebebasan,hak ekonomi, hak politik, hak sosial, hak awam dan juga hak persendirian. Islam telah memberikan hak-hak wanita di dalam keluarga lebih daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata tentang kebebasan wanita dalam masyarakat Kristian, Yahudi dan juga masyarakat pagan, tetapi dalam masyarakat Islam adalah satu kesilapan besar untuk berkata tentang kebebasan wanita. Wanita Muslim perlu mempelajari Islam supaya mereka tahu Islam telah memberikan mereka semua hak-hak mereka.”

Inilah intipati pemikiran Zainab Al-Ghazali berkenaan dengan status wanita seperti yang selalu diluahkan dan disampaikan beliau dalam ceramah-ceramah beliau dan juga karya-karya beliau di dalam majalah al-Da’wa, di mana beliau merupakan editor sebuah ruangan untuk pembangunan rumahtangga Muslim yang sebenar.

Perkara utama dalam perjuangan beliau adalah pentarbiyahan, iaitu untuk memberi kefahaman Islam di dalam pemikiran wanita, mendidik mereka tentang hak-hak dan tanggungjawab mereka dan mengubah masyarakat untuk membina sebuah daulah Islamiah yang berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

----------------------------------------------------------------------------------

Sudah cukup bahagia dengan kehidupan saya sebagai seorang wanita Muslim. Syukur Alhamdulillah...



Saudariku,
Dalam jahiliyyah,
Diberi sinar yg indah,
Dari hanya barang murah,
Diangkat martabat tinggi mahar,
Dan itulah kita selepas Islam menjengah.

Saudariku,
Allah berpesan,
Tiada beza antara lelaki dan perempuan,
Melainkan taqwa yg jadi perbezaan,
Ar rasul berpesan,
wanita solehah sebaik hiasan,
Engkau dikurniakan kelebihan,
Dan mereka juga ada kelebihan.
Bukankah itu satu mahar kekuatan?

Saudariku,
Usah berbicara tentang sama rata,
Sememangnya di sisi Dia,
Kita serupa..
Usah berbalah tentang kita-kita..
Mereka-mereka..
Kerana kita sudah ada hak kita..

Saudariku,
tak salah jadi aktivis wanita,
tapi, jadilah seperti puteri Abu Bakar.
"Wahai rasul, kami tiada peluang utk berjihad,
Wanita hanya masak, membasuh, menjaga anak,
Memelihara kehormatan suami.
bagaimana hak kami?'
"Sesungguhnya, jihad kamu adalah sama dgn kaum ar rijal"..

Saudariku,
betapa sungguh Allah memuliakan kita..
terlalu mudah teman utk ke syurga,
namun apa lagi yg kita tanya??

Marilah teman,
Kita berebutlah,
Terlalu berjuta manusia wanita..
Dalam berjuta,
Adakah kita tergolong dlm
Yg sedikit?
Yg mendapat kasihNya???

Marilah teman..
Aku tak punya masa,
berbicara tentang kita-kita..
Mereka-mereka..
Kerana kuperlu masa utk berusaha..
Utk kasihNya..
Utk syurgaNya...

Andai kau punya masa,
teruskanlah usaha,
Tetapi maafkan saya,
Ku tidak punya masa.....

Sumber: Untuk Seorang Wanita

Penangan lipstik dan high heels

MalaysiaKini.com
24 June 2008

Sisters in Islam: Tiada fakta gincu dorong rogol
By Abdul Rahim Sabri

Tidak ada fakta yang menyokong dakwaan bahawa memakai gincu dan berkasut tumit tinggi menyebabkan wanita dirogol, kata Sisters in Islam (SIS).

"Larangan ini dibuat daripada sikap prasangka dan seharusnya berdasarkan kepada penyelidikan dan data. MPKB mengeluarkan dasar atau undang-undang kena ada fakta", kata penyelaras program SIS, Norhayati Kaprawi kepada Malaysiakini, mengulas laporan wujud larangan terbaru Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Bagaimanapun majlis itu hari ini menafikan mengeluarkan arahan larangan sedemikian seperti laporan media.

Etika berpakaian itu - termasuk bergincu dan berkasut tumit tinggi sehingga mengeluarkan bunyi - hanya sekadar nasihat yang tidak diperkuatkuasakan dalam peraturan di bandar itu, jelas pengarah perhubungan awam MPKB-BRI, Azman Mohd Daham.

Norhayati juga berkata, tanggapan umum mengaitkan jenayah ini dengan etika berpakaian adalah tidak benar.

"Orang yang memakai tudungpun kena rogol," katanya.

"Budak bawah umur pun kena rogol, apa kena-mengena gincu dengan kasut tumit tinggi?

Beliau juga menegaskan, bergincu dan berkasut tumit tinggi dalam kalangan perempuan sudah lumrah.

"Tidak ada isu, kenapa nak kawal pilihan orang perempuan untuk memakai gincu dan kasut tumit tinggi," kata aktivis hak wanita itu.

"Adakah memakai kasut tinggi itu tidak Islamik?"

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pula menganggap saranan kepada pekerja Islam itu satu langkah yang baik.

"Usaha MPKB itu usaha yang baik dan (isu itu) tidak perlu diperbesar-besarkan", kata presidennya Mohd Hilmi Ramli.

"Kalau betul menggunakan gincu lebih dan memakai tumit tinggi menyumbang kepada jenayah rogol dan zina, (amalan itu) wajar diharamkan."

Bagaimanapun, tambah Hilmi, beliau menyifatkan niat MPKB itu tidak menyelesaikan masalah sebenar.

"Ada faktor lain yang menyumbang kepada berlakunya zina dan rogol seperti jalan berdua-duaan tanpa mahram dan berpasangan (di tempat tertutup) boleh berlaku zina dan rogol", katanya.

Menurutnya, pemakaian tudung tidak boleh dipaksa kepada semua orang perempuan.

"Mereka diberi pilihan dan (kerajaan) terus mendidik rakyat tentang pemakaian yang menepati syariah," katanya.

Norhayati juga menggesa kerajaan Kelantan menumpukan perkara-perkara yang lebih serius seperti soal kebersihan, kemiskinan dan memberi khidmat yang cekap kepada rakyat.

----------------------------------------------------------------------------------

Bagi saya... tiada masalahnya tentang saranan ni... Memang ada banyak sebab yang menyumbang kepada kejadian jenayah rogol dan bunuh. Jadi tiada salahnya jika kita terus berusaha untuk mengurangkan atau menghapuskan faktor-faktor penyumbangnya.

Saya tertarik dengan petikan ni.

Menurutnya, pemakaian tudung tidak boleh dipaksa kepada semua orang perempuan. "Mereka diberi pilihan dan (kerajaan) terus mendidik rakyat tentang pemakaian yang menepati syariah," katanya.

Ya... manusia sentiasa saja ada atau diberi pilihan. Bagi saya apa yang kita pilih akan menggambarkan tahap diri kita sama ada kita bercita-cita mahu berjaya setakat di sini (dunia) sahaja atau mahu terus berjaya hingga ke akhirat.

Sedangkan nak berjaya dalam pelajaran atau kerjayapun perlukan usaha dan pengorbanan yang besar... inikan pula ingin lulus dan berjaya dalam segala ujian Allah. Tentu lebih besar usaha dan pengorbanan yang diperlukan.

Yang pasti manusia tetap akan mati... hidup mesti diteruskan... di alam akhirat pula.

Jadi pilih jangan tak pilih.

"Orang yang memakai tudungpun kena rogol," katanya. "Budak bawah umur pun kena rogol, apa kena-mengena gincu dengan kasut tumit tinggi?

Saya juga tertarik dengan hujah di atas. Saya teringat pada satu artikel yang saya baca mengenai kenapa wanita bertudung dan kanak-kanak di bawah umur masih turut menjadi mangsa jenayah rogol dan bunuh.

Suka saya kongsikan di sini... artikel ni memang agak panjang tapi saya rasa orang yang sukakan ilmu tentu tak jadi masalah... :)

Bertudung belum tentu selamat?

Oleh: Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman (www.zaharuddin.net)

Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan profesional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam.

Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut:

"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi di khalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"

Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.

"Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.

Saya bertanya pula: "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"

"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga..." sambungnya.

"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak?" Tanya saya menguji.

"Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz", dengan yakin sekali hujahnya kali ini.

"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?", tambah saya.

"Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.

"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal"

"Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"

"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyangkan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga". Tambah saya lagi memberi keyakinan.

"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"

Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan. Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengangguk dengan wajah serius kali ini.

Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya?

Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?

Benar, mungkin seseorang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja.

Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mungkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW.

Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?

BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?

Ramai wanita profesional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut di atas.

Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.

Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu.

Dalam hal ini, Allah SWT berfirman:

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (Surah Al-Ahzab:59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya.

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan.

Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

BANTAHAN KAUM WANITA

"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanakpun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha... macam mana ustaz nak jawab tu? Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.

"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda?" Tanya saya kembali.

"Pernah juga ustaz... Kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.

"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh... ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"

"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang di hadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah" terang saya.

"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.

"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula.

Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dari mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggungjawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya.

"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur".

Friday, January 16, 2009

Pakaian paling glamer alaf ini!


Yang ini ka?


Atau yang ini...?????

----------------------------------------------------------------------------------

Mana satu idaman kalbu?

Panduan untuk mengundi... sila klik di sini

Pilih... pilih... tudung... tudung...

Sila! Sila! Pilih...! Pilih...! Jangan tak pilih...!


Tudung Ekin Mawi ka?


Tudung Wardina ka?


Tudung Datuk K ka? Ops... tudung Siti ka?


Tudung Izzah ka? Sila! Sila! Jangan malu... malu... sila pilih...

Selamat Berfesyen Untuk Semua Wanita Muslimah Malaysia... :)