Showing posts with label alam rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label alam rumahtangga. Show all posts

Monday, March 30, 2009

Sunday, March 29, 2009

Madu yang pahit?

Saya hanya mampu tersenyum kelat mendengar alasan cliche para suami yang berhajat ingin bernikah lagi. Memandangkan prinsip saya cukuplah Al-Quran dan Sunnah menjadi panduan hidup memanglah sepatutnya saya terimanya juga jika ditakdirkan mengalaminya.

Tapi yang menghairankan (mungkin saya sorang je yang hairan, orang lain tak agaknya)... manusia nampaknya gemar benar mengambil sunnah dan ajaran Al-Quran yang mana yang diminati dan memenuhi seleranya saja...

"Agama Islam dah benarkan suami nikah empat". Kadang-kadang timbul juga jawapan jahat dari sudut hati saya... "Hmm... agaknya kalau dibenarkan nikah 10 mahu dibolotnya juga semua!" :)



Semoga para suami yang berhajat untuk bernikah lebih dari satu mengambil sunnah dan ajaran Al-Quran secara TOTAL supaya isteri-isteri dan anak-anak tak makan hati... Bimbang-bimbang yang diharapkan ganjaran pahala, silap-silap dosa pula yang bertambah kerana tak sedar bahawa diri sebenarnya tak mampu membimbing kesemua isteri dan anak-anaknya sebagaimana firman Allah s.w.t, “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharakanlah dirimu dan keluargamu dari azab api neraka, yang bahan bakarnya adalah terdiri daripada manusia dan batu, penjaga-penjaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai ALLAH terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim : Ayat 6)

Agak-agak saya memang berat sebenarnya tanggungjawab beristeri ramai ni maka sebab itulah jarang-jarang benar kita mendengar atau melihat alim ulama bernikah ramai.

Jadi cukupkah beristeri satu...???

Tertarik dengan petikan kata-kata...
“karena kita bukan Nabi, istri kita pun bukan Aisyah, maka jangan coba-coba berpoligami” (Ustadz Cahyadi Takariawan, BAHAGIAKAN DIRIMU DENGAN SATU ISTRI halaman 238)

”Jagalah istri, jangan kau sakiti. Sayangi istri, amanah Ilahi. Bila diri kian bersih, satu istri terasa lebih. Bila bisa jaga diri, tidak perlu menikah lagi. Bila suami berpoligami, dakwah akan terbebani. Demarketing menjadi-jadi, dakwah bisa dibenci…."
~ Ustadz Cahyadi Takariawan ~

Daku impikan si dia

Tanyalah mana-mana lelaki atau wanita mengenai jodoh bagaimana yang mereka impikan. Kebanyakannya akan berkata rupa paras bukanlah kriteria utama asalkan sedap mata memandang.

Bagi lelaki, yang penting biarlah wanita itu bijak menguruskan rumahtangga dan pandai menjaga diri.

Bagi wanita pula, yang penting lelaki itu seikhlas hati menyayangi dan melindungi dirinya serta beriman agar dapat membimbing diri serta anak-anak yang bakal dilahirkan.

Tapi… bagaimanalah mungkin agaknya seseorang lelaki atau wanita yang pembawakan dirinya tidak sedikitpun cenderung ke arah mendapat jodoh mengikut ciri-ciri seperti yang diharapkan?

Si lelaki, impikan wanita yang pandai menjaga diri sedangkan diri sendiripun tidak dapat dikawal akal dan nafsunya?

Si wanita, impikan lelaki yang beriman sedangkan dirinya tidak pula berusaha kea rah yang sama?

Bukankah Allah telah memberikan pedoman dan peringatan bahawa "Wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk wanita baik." (Surah An-Nur: ayat 26) [...]

Setakat ini, belum pernah atau jarang benar saya mendengar pasangan suami isteri yang seiya sekata menetapkan matlamat utama perkahwinan mereka untuk melayari bahtera berkeluarga mereka bersandarkan sunnah dan panduan Al-Quran menghadapi kegagalan di dalam perkahwinan mereka.

Mereka inilah yang akan saya jadikan idola dalam menghadapi kehidupan berkeluarga. Bagi diri saya sendiri mengakui masih banyak kelemahannya tapi saya bersyukur kerana saya dan dirinya masing-masing menyimpan azam dan diberikan semangat untuk terus berusaha ke arah memperbaiki segala kekurangan dalam kehidupan kami sekeluarga. Cabaran dan dugaan tetap ada. Semoga hati kami sekeluarga terus didorong dan diberikan kekuatan ke arah mencapai kebahagiaan hakiki dalam erti kata sebenar sebuah kehidupan. Sebuah kehidupan yang berjaya dan diberkatiNya jua di dunia dan di akhirat. Amin...

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu. Jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." (Imam Nawawi)

LELAKI IDAMAN SAYA

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang2 yang berjuang dijalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak pernah bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak pernah bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajkan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga
Yang akan mendidik isteri dan anak2 mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan Syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya

Sumber: Lelaki Idaman Saya

Friday, March 27, 2009

Benarkah sayang?

Sayang... ibu bapa mana yang tak sayangkan anak-anaknya? Sedangkan haiwanpun tahu sayangkan anaknya inikan pula manusia! (Tapi artikel di bawah post ni, lain pulak kisahnya!)

Tapi... faham benarkah kita apa erti sayang? Bagaimana nak mengukur sayang agaknya?

Cukup ke dengan memberi dorongan kepada anak-anak untuk berjaya dalam pelajaran di sekolah? Cukup ke dengan memberi makan minum yang mencukupi kepada anak-anak? Cukup ke dengan memberi pakaian yang cantik dan hebat kepada anak-anak? Cukup ke agaknya???

Teringat firman Allah s.w.t, “Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka...” (At–Tahriim : ayat 6)

Saya sendiri berazam untuk menjadikan ayat ini sebagai panduan dalam membesarkan anak-anak supaya mereka akan berpanjangan bahagia dan berjaya bukan saja di dunia malah juga di akhirat. Kerana apa? Kerana itulah tanda kasih sayang tulus ikhlas saya pada mereka. Harapnya diberi semangat yang berterusan dan konsisten dalam segala usaha pembaikan. InsyaAllah...

Undi ibu pilihan anda!


Undi A!


Undi B!

--------------------------------------------------------------------------------

Kosmo Online - 2 April 2009

NEGARA

Bayi masih hidup ditemui dalam beg plastik sampah

SEREMBAN - Jika haiwan pun tahu erti kasih sayang terhadap anaknya, inikan pula manusia.

Tetapi di Senawang berlainan pula kisahnya. Dalam tempoh tidak sampai sebulan, tiga kejadian melibatkan pembuangan janin dan bayi - satu tindakan melampaui batas manusia.

Kes terbaru kelmarin, seorang bayi perempuan berusia sebulan ditemui masih hidup dan merengek di dalam beg plastik sampah berwarna hitam di Taman Senangin, di sini kira-kira pukul 8 malam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, seorang wanita India berusia dalam lingkungan 30-an terkejut melihat 'sesuatu' bergerak-gerak dalam beg plastik sampah berwarna hitam dan apabila dibuka, didapati seorang bayi perempuan di dalamnya.


ANGGOTA polis mendukung bayi yang ditemui dalam plastik sampah di Seremban semalam.

"Wanita itu menemui bayi berkenaan di tempat pembuangan sampah di rumahnya di Taman Senangin, Senawang dan kemudian menghubungi polis.

"Polis akan siasat penemuan bayi perempuan ini, kita akan cari individu yang tidak bertanggungjawab dalam kejadian itu," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Saiful Azly tidak menolak kemungkinan bayi tersebut dibuang beberapa jam sebelum ditemui di situ.

Tuesday, March 11, 2008

Kisah Lelaki Beristeri 10!

Browsing around tiba2 terjumpa kisah lelaki beristeri 10 ni. Ayah dan ibu masing2 telah dihukum penjara dan anak2 pula dijaga oleh Pak Habib.

Sumber: Pak Habib