Showing posts with label teknologi. Show all posts
Showing posts with label teknologi. Show all posts

Wednesday, February 4, 2009

Comelnya Upin & Ipin!

Pengalaman melawat ke Upin & Ipin Production House hari ini amat menyeronokkan. Menariknya walau hanya berbekalkan ruang pejabat yang terhad dan menggunakan PC yang tidaklah begitu tinggi spesifikasinya anak-anak muda ini telah berjaya menghasilkan animasi 3D yang bagi saya sudah cukup setanding dengan animasi negara luar seperti Amerika dan Jepun. Tak percaya... tengok ni...



Thursday, September 27, 2007

CSI Fan

Hari ni datang pulak mood aku untuk menulis. Sekarang pasal topik CSI (Miami, New York, Vegas). Aku memang minat betul dengan story ni di TV. Tapi adakalanya aku dan hubby macam tak boleh terima je watak tok ketuanya Horatio yang teramat-amatlah coolnya dalam CSI Miami tu. (Lepas ni ada la peminat Horatio yang melenting agaknya)

Tapi sekarang ni aku sebenarnya nak fokus pada sistem database cap jarinya tu (samada sistem tu sebenarnya dibangunkan semata-mata untuk story CSI tu je atau memang digunakan di US, wallahu'alam...). Kalaulah sistem macam tu ada kat Malaysia ni... rasanya mungkin sekejap je kita boleh trace penjenayah agaknya... kalau nak diimplemenkan di Malaysia ni mungkin boleh dimulakan dengan menyimpan cap jari semasa register dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Sistem kenalah intergratekan dengan polis. Any comment...?

Pengajaran kisah adik Nurin

Hingga ke hari ini saya masih mengikuti perkembangan kes pembunuhan adik Nurin. Dengar khabarnya suspek telah ditahan hari ini. Saya doakan semoga kes ini berjaya diselesaikan dan arwah adik Nurin mendapat pembelaan.

Kisah adik Nurin ni begitu menakutkan saya sebagai seorang ibu kepada 4 orang cahaya mata yang amat saya kasihi. Mungkin sekarang ramai yang tercari-cari formula bagaimana menangani masalah ni sedangkan di dalam Al-Quran dan Sunnah telah memberi panduan kepada kita bagaimana untuk hidup aman bahagia dan sejahtera di muka bumi Allah ni. Kalaulah kita semua menghayati apa yang terkandung di dalamnya... Saya sendiri sebagai hambaNya akui sering juga teralpa berdoa dan berharap diberikan kekuatan dan konsisten untuk memperbaiki diri ke arah mengikut panduan Al-Quran dan Sunnah.

Dalam kes arwah adik Nurin ni... nampaknya ada juga pihak yang menyalahkan ibubapa kerana tidak mengawasi anak-anak. Saya sendiri sebagai ibu adakalanya membiarkan saja anak-anak bermain di playground bersebelahan dengan rumah. Dalam pada tu, ada saya terfikir mungkin juga kita boleh gunakan microchip sensor yang membolehkan pergerakan anak dipantau melalui sistem navigasi komputer. Ataupun dengan penggunaan RFID. Cumanya saya fikirkan kalau nak guna RFIDpun kenalah pastikan hukumnya dari segi agama dan saiz biarlah kecil daripada yang di dalam foto yang saya dapat dari wikipedia ni.

Tapikan risau jugak, takut dikoreknya pulak si mangsa culik oleh si penculik tak berhati perut... ya la dah namanyapun penculik...

"Wahai penculik seluruh dunia, TOLONGLAH INSAF SIKIT!!! Korang tak teringin ke nak berkeluarga dan ada anak... kalau anak korang kena culik CAMNE???" Geramnya rasa...!!!