Showing posts with label peristiwa. Show all posts
Showing posts with label peristiwa. Show all posts

Friday, December 26, 2008

Salam Maal Hijrah 1430H!

Tidak beberapa hari saja lagi kita semua akan melangkah ke tahun baru hijrah iaitu 1430H. Kedatangan tahun baru hijrah ini sememangnya tidak begitu dirasai kerana kita rakyat Malaysia lebih menantikan kedatangan tahun baru Masihi tahun 2009. [sedikit info...]

Dan seperti biasalah juga dan seakan satu kemestian, acara sambutan yang bersifat keseronokan duniawi tentunya akan berlangsung di beberapa tempat.

Pandangan peribadi saya...

Sungguh menyedihkan kerana peluang hidup yang diberikan untuk kita semua oleh Pencipta yang Maha Esa digunakan untuk menyambutnya secara keseronokan duniawi dan pembaziran... dengan hiburannya... dengan percikan bunga apinya... ditambah lagi dengan gelagat pemuda pemudi harapan bangsa yang terus berpeleseran hingga ke larut malam... sehingga adakalanya terus mengheret mereka ke kancah perzinaan dan mungkin juga kegiatan jenayah seperti kes rogol, kes bunuh... akibat dari mabuk dan pelbagai lagi kesan negatif... yang terbaru parti seks!


Sambutan Maal Hijrah 1430 di Balai Newcastle.

p/s: Pengalaman saya sendiri ketika melanjutkan pelajaran ke bumi asing UK telah memberikan saya seribu satu pengajaran yang amat berguna dalam hidup saya untuk lebih menghayati betapa indahnya agama Islam biarpun dikelilingi oleh orang asing yang majoritinya bukan seagama. Apabila pulang ke tanahair, hati terasa bimbang... sayu... kerana negara ini majoritinya beragama Islam tapi kehidupannya...???

"Seorang mukmin merupakan seorang Muslim namun tidak semua Muslim itu Mukmin".

Kamus akhirat: Seorang mukmin akan berpaksikan kepada Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup.

Kata-kata ini telah memberikan saya jawapan yang saya cari selama ini. Padanlah ada sesetengah Muslim tidak berakhlak bersesuaian dengan fitrahnya. Muslim sekadar pada nama... entah di mana silapnya... kebanyakan terhenti sekadar menjadi seorang Muslim.

Semoga diri saya diberi kekuatan dan kesabaran untuk terus berusaha mencapai kemajuan hidup sebagai seorang Mukmin sejati InsyaAllah... dan semoga Allah terus memberi petunjuk, kesabaran dan kekuatan untuk terus membimbing anak-anak kita agar tidak mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang telah menjadi sebahagian persekitaran hidup kita sekarang ini...

Sunday, September 30, 2007

ISS! Here I come!


Angkasawan pertama Malaysia diketahui hari ini
Oleh: ZABRY MOHAMAD

CALON angkasawan pertama negara sama ada Faiz Khaleed (kiri) atau Sheikh Muszaphar Shukor akan ditentukan hari ini.

KUALA LUMPUR 23 Sept. – Esok bakal melakar satu lagi sejarah negara apabila nama angkasawan pertama negara diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Di atas kertas, umum sudah mengetahui Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ialah calon utama yang akan menggalas tanggungjawab tersebut manakala Kapten Dr. Faiz Khaleed diletakkan sebagai calon simpanan.

Bagaimanapun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis berkata, sama ada keputusan itu kekal atau sebaliknya hanya diketahui esok. Ini bermakna Sheikh Muszaphar, 34, dan Faiz, 27, masih mempunyai peluang yang sama untuk dinobatkan sebagai angkasawan pertama Malaysia.

Jamaludin menjelaskan, pengumuman esok adalah berdasarkan laporan prestasi kedua-dua calon yang dikeluarkan Agensi Angkasa Persekutuan Rusia (Roskosmos) sejak mereka dihantar ke Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin, Star City, Moscow pada 9 Oktober lalu. “Sama ada kita akan kekalkan kedudukan mereka atau sebaliknya bergantung kepada prestasi semasa latihan di Rusia.

“Mungkin keputusan berubah atau kekal, itu yang akan diumumkan Perdana Menteri dalam satu majlis khas di Putrajaya esok,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, faktor-faktor lain turut boleh mempengaruhi keputusan esok termasuk laporan perubatan. Angkasawan negara sama ada Sheikh Muszaphar atau Faiz dijadualkan berlepas dari Baikanour, Kazakhstan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober ini.

Kapal angkasa yang akan membawa angkasawan pertama negara ke ISS adalah Soyuz TMA-11 yang dipandu Yury Malenchenko dari Rusia dan jurutera penerbangan Amerika Syarikat, Peggy Whitson.

Angkasawan negara bakal berada di sana selama sembilan hari sebelum pulang ke bumi bersama angkasawan lain, yang kini telah pun berada di ISS.

Di ISS, angkasawan negara akan menjalani tiga eksperimen berkaitan sel barah, bakteria dan pengkristalan protein.

Penghantaran angkasawan negara merupakan program timbal-balas pembelian 18 pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM.
--------------------------------------------------------------------------------
Tumpang berbangga...! Lagi bangga kalau aku sendiri yang dapat pergi... :) Semoga selamat pergi dan kembali ke tanahair. Aku doakan semoga pengalaman yang dikutip memberi manfaat kepada angkasawan dan segala kerja-kerja eksperimen di ISS dapat memberikan kebaikan kepada negara yang tercinta.