Showing posts with label panduan hidup. Show all posts
Showing posts with label panduan hidup. Show all posts

Wednesday, April 22, 2009

Jamin selamat ke bertudung?

"Siapa kata bertudung selamat? Bukti dah ada! Yang bertudungpun kena rogol! Sudahlah begitu, dibunuhnya pula mangsa dengan menjerut leher menggunakan tudung!" Luah hati seorang itu.





Kredit foto: Awek Tudung

Kenapa agaknya ya jadi begini?

Adakah gadis bertudung seperti inipun pernah turut jadi mangsa?



Yang tidak kena tapi kita malas nak ambil peduli!



Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini dalam kita melayari kehidupan ke arah mendapat keredhaanNya juga.



"Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan penuh kepuasan dan mendapat keredhaan dariNya. Dan silalah masuk ke dalam kumpulan para hamba kesayanganKu. Dan silalah masuk ke dalam syurgaKu." (Al Fajr: Ayat 27-30)

BTW... these girls are so sweet... :)

Wednesday, April 1, 2009

Talian hayat...

Semakin usia meningkat... bertambah terdetik hati untuk mencari matlamat sebenar kehidupan seorang manusia… sebolehnya saya tak mahu jadi yang biasa-biasa saja. Saya bercita-cita ingin jadi seorang berjaya!

Bukan setakat berjaya dalam pelajaran dan kerjaya sebab keputusan 5A Peperiksaan Penilaian Darjah 5 saya, Gred 1 SRP dan SPM saya, sijil Diploma dan Ijazah saya di universiti tempatan dan luar negara, sijil Anugerah Khidmat Cemerlang saya tak mampu membantu saya ketika berdepan ‘interviewer’ di alam kubur! Saya mesti berjaya dalam ujian yang satu ini juga!

Saya mesti dan saya kena cepat! Ajal tiba entah bila... pengalaman kehilangan adik lelaki tersayang ketika berusia 15 tahun akibat kemalangan teramatlah menginsafkan dan menggerunkan saya. Keputusan PMR yang keluar beberapa bulan selepas peninggalannya sangat membanggakan saya walaupun ketika itu kehidupan kami adik-beradik adakalanya juga menerima kesan tempias badai alam rumahtangga orang tua. Mujur adik pergi ketika belum akil baligh. Suara comel budak lelaki masih terngiang-ngiang di fikiran saya. Bagi saya sendiri, dia masih 'mentah' dan 'bersih' TAPI SAYA...???

Besarnya rintangan... besarnya cabaran... tanggungjawab saya sebagai isteri, sebagai ibu, sebagai anak, sebagai saudara-mara, sebagai pekerja, sebagai pemimpin, sebagai jiran, sebagai rakan... dan yang paling penting sebagai khalifahNya. Jika tiada rahmat kasih sayangNya tak berpeluanglah saya menikmati hidup seperti sekarang ini. Maka saya mesti terus berusaha... untuk pulang kepadaNya dengan sebuah kejayaan... Kejayaan yang hakiki. Moga sentiasa diberi kekuatan... amin.

Tuesday, March 31, 2009

Mana satu idaman kalbu?

Saya tertarik dengan petikan komen dari satu blog...

Manusia dikenai Qada’ yang terdiri dari dua jenis.

Yang pertama yang dikuasai oleh manusia seperti mencuri, berbohong, dll, karena manusia bebas memilih (mau yang baik atau buruk) perbuatan tersebut ada hisabnya.

Yang kedua yang menguasai manusia seperti terlahir menjadi cowok, idung pesek, dll hal tersebut di luar pilihan manusia sehingga tidak dihisab.

Nah kalo Qadar adalah khasiat benda seperti khasiat membakar pada api, tajam pada pisau, manusia bebas memilih mau digunakan untuk apa khasiat-khasiat benda tersebut. untuk keburukan atau kebaikan. yang penting bagi kita adalah menjalani hidup dengan peraturan Allah.

Dalam hidup ini, manusia bebas memilih sunnatullah mana yang mau dijalaninya, apakah dia mau memilih berbohong atau jujur, apakah mau memilih jadi pandai atau bodoh. Semua adalah pilihan. Oleh karena itu, Allah mengutus Rasulullah dan menurunkan Al-Quran kepadanya agar manusia dapat memilih jalan hidup yang baik dan benar.

Pada hemat saya...

Analogi 1

Seekor ayam kelihatan seperti teruja (agak sayalah kerana saya bukan Nabi Sulaiman yang boleh berkomunikasi dan memahami haiwan) melihat seorang kanak-kanak menabur nasi di atas tanah di seberang jalan. Dengan selambanya si ayam terus melintas jalan dan tiba-tiba... Dush!!! Si ayam menggelupur kesakitan dan akhirnya mati di tempat kejadian (seperti yang dilaporkan di rancangan 999).

Persoalannya kenapa terjadi begitu?

1. Kerana ayam tiada akal hanya ada otak tak seperti manusia ada dua-duanya sekali otak dan akal. Bertuah sungguh manusia ye...

2. Ayam tu tak baca Buku Panduan Melintas Jalanraya - kena pandang kiri, pandang kanan dan pandang kiri lagi sebelum lintas.

3. Ayam tu tak sebertuah manusia... ada orang nak pegang tangan macam baby girl yang comel ni... lagipun ayam tak ada tangan... kasihan ayam... :(



Kesimpulan... dalam melayari kehidupan bertindaklah sebagai seorang manusia yang berakal... kalau tak... samalah kita seperti si ayam!

Dan kalau ada orang sekeliling yang offer menghulurkan tangan untuk membimbing... diyakini pula baik dan jujur orangnya... tak sesuai pula nak tunjuk lagak... apa kata sambut saja hulur tangannya... kerana dia sekadar ingin membantu...

Legend:
Nasi = godaan dunia
Pilihan = tak menghampiri atau hampiri godaan dunia
Buku Panduan Melintas Jalan = Al-Quran dan Sunnah

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perkara yang halal itu jelas, dan perkara yang haram itu jelas, antara kedua-duanya ada yang syubhat, yang mana ramai orang tidak mengetahuinya (kejelasan hukumnya), sesiapa yang menjauhi syubhat, dia sesungguhnya terlepas (daripada dosa)……” (Muttafaq Alaih).

Analogi 2


Mamat teringin sangat nak pergi ke sebuah pulau ni. Kata orang, "Pulau tu cantik sangat... tapi tak dapatlah nak compare dengan syurga..." "O... Rupa-rupanya orang ini tahu juga serba sedikit bagaimana rupa syurga." Fikir Mamat ketika itu.

p/s: Maaflah, saya tak ada gambar syurga... lagipun kalau sekali dah menuju ke sana (mudah-mudahan hendaknya) maknanya planet bumi nipun dah tak wujud lagi agaknya... macam mana nak hantar gambar ke bumi lagi... lagipun ada ke kamera di sana... wallahualam...

Mamat terfikir bagaimana dia nak pergi ke tempat tu? Mana satu jalan yang nak dipilih??? Mamat perlukan petunjuk... kompas ke... buku panduan ke... peta ke... dan yang paling penting... Mamat tak nak la sesat-sesat semasa nak ke tempat tu... sebab tempoh pengembaraan Mamat singkat sahaja. Mamat bimbang dia tak cukup masa... Mamat kena cepat-cepat beli kompas, buku panduan dan peta.

Persoalannya... kompas, buku panduan dan peta mana yang patut dipilih oleh Mamat. Mamat dah nak pergi ke MPH ni. Kinokuniyapun OK jugak. Pustaka Mukmin... Kedai Buku Minerva... Mana-manalah... janji Mamat kena cepat!

Legend:
Pulau - kehidupan kekal abadi di wilayah akhirat
Kompas / Buku panduan / Peta - Al-Quran dan Sunnah

“Sesungguhnya telah aku tinggalkan kepada kamu sekalian rujukan yang jika kamu berpegang-teguh dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah NabiNya”. (Hadis sahih, Riwayat Imam al-Hakim dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

p/s: Maaflah jika melalut... tapi ini kan username dan password saya ;)

Friday, March 27, 2009

Dari mana nak ke mana?

Sekali-sekala melayan minda...

Bagaimana asal kejadian manusia?

"Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati)." (Surah Yaasin: Ayat 77)

Selingan fakta sains yang amat menarik!
The testicle lies inside the scrotum and produces as many as 12 trillion sperm in a male's lifetime, about 400 million of which are ejaculated in one average intercourse. Each sperm takes about seventy-two days to mature and its maturity is overseen by a complex interaction of hormones.

Sumber: Innerbody

Komen saya...
Wah! 400 million! Bayangkan dalam 400 million tu, kita pulak yang satu-satunya ni terpilih untuk membesar di dalam rahim ibu tercinta dan seterusnya dilahirkan ke dunia dan menjadi seperti diri kita sekarang ni!

Ya! Itulah kita! Kita sememangnya hebat kerana kita adalah seorang pejuang! Pejuang yang berjuang untuk mendapatkan peluang menghirup udara dunia yang percuma ni!

Soalan kedua yang bermain di minda...

Apa pulak tanggungjawab kita setelah dilahirkan ke dunia ini?

"Sesungguhnya aku jadikan manusia sebagai khalifah di bumi." (Surah Al-Baqarah: Ayat 30)

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk pengabdian kepadaKu. Aku tidak mengkehendaki rezeki sedikitpun daripada mereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan.”(Surah az-Zariyat: Ayat 56-57)

“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (sesaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya, tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) ‘Arasy yang mulia”.(Surah Al-Mukminun: Ayat 115-116)

"Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya." (Surah Hud: Ayat 61)

Lagi persoalan yang bermain-main di minda...

Apakah perkara yang pastinya lambat-laun dihadapi oleh setiap manusia?

“Dan mereka berkata: Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tiada yang dapat membinasakan kita melainkan masa.” (Surah al-Jaathiyah: Ayat 24)

“Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau dan mainan belaka. Dan sesungguhnya akhirat itulah sebenarnya kehidupan, jika mereka mengetahui.” (Surah al-Ankabut: Ayat 64)

Yup! Mati! Mana ada manusia yang tak mati-mati bukan? Manusia yang paling lama hiduppun setakat 122 tahun je setakat ni.

Lagi fakta menarik!

Foto: Jeanne Calment.

The longest unambiguously documented lifespan is that of Jeanne Calment of France (1875–1997), who died aged 122 years and 164 days.

Sumber: Wikipedia

Soalan terakhir yang bermain di minda saya sekarang ini...

Apakah persediaan kita untuk menuju ke destinasi akhir kehidupan manusia ni?

Bak kata si Nabil dari Rajak Lawak tu... "Lu fikirlah sendiri" :)

"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya kerana Allah Tuhan sekalian Alam."

"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Rabb-mu yang telah menciptakan kamu dari yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isteri (untukmu), dan daripada keduanya Allah memperkembang-biakkan lelaki dan perempuan yang banyak (ramai)! Dan bertaqwalah kepada Allah, yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain! Dan (peliharalah) hubungan silaturrahim! Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (Surah An-Nisa' : 1).

Ehm... Nampaknya inilah kitaran hidup... last2 sekali berbalik ke soalan pertama... anak2 kita pulak yang dilahirkan. Mereka juga semuanya hebat... I love my 4 little Khalifahs! :)

Terima kasihlah kerana sudi membaca omongan kosong saya ni... Omongan kosong ke? Again... Nabil kata "Lu fikirlah sendiri". :)

Rujukan saya lagi di laman web Science And Islam.

Friday, March 6, 2009

Let's Unite!

I'm just an ordinary person but I also have a big dream, to see us all success here and in thereafter life. So this is my simple message to all my dearest Muslim brothers and sisters wherever you are...

Let us all Muslim brothers and sisters unite for the sake of the glory of Ummah!

"O ye who believe! Obey Allah and obey the Messenger and those charged with authority among you. If ye differ in anything among yourselves, refer it to Allah and His Messenger if ye do believe in Allah and the Last Day: that is best, and most suitable for final determination." (Surah An-nisa: 59)

Friday, February 27, 2009

Salah pendekatan agaknya?

Si A: Eh, kenapa ye? Ada juga orang yang solat tapi masih buat dosa.
Si B: Buat dosa yang macam mana A?
Si A: Ye la... solat tu dia solat jugak tapi lepas tu gi dating dengan pakwe dia. Tudungpun pakai elok sangat dah...?
Si B: Alah A... dah sebab solat dan bertudung tu wajib dia ikut sajalah... bab dating tu pulak tak beranilah den nak komen ye A...

Ulasan seorang hamba Allah...

Memberikan sebab solat itu wajiblah yang menjadikan ramai yang solat berbuat dosa. Disebabkan tudung itu wajiblah, maka berjumpa boyfriend bertudung.

Pendekatan mewajibkan ini adalah fekah.

Cuba pendekatan tauhid, solat itu untuk mengenal Allah, bertudung itu untuk menyatakan berterima kasih kepada Allah.

Ia selari dengan ayat. “Fa waylul lil musoleen. Alzazi nahum ..” iaitu Allah mewajibkan solat (semua rukum Islam), tetapi pada masa yang sama Allah peringatkan yang solat juga tidak ketinggalan diancam dengan neraka, maknanya menghidupkan solat (dan rukun Islam lain) itu lebih wajib.

Jangan hanya mementingkan cara tetapi fahami tujuan beribadah.

Wallahua'lam...

Monday, February 16, 2009

Kelirunya...

Lokasi: Di suatu tempat di benua Eropah.

Si anak: Umi... umi... kenapa kawan-kawan perempuan di sekolah saya tak pakai tudung?
Si ibu: Sayang... agama mereka tidak sama seperti kita... agama kita mengajar kita agar memakai tudung untuk kebaikan seperti yang tertulis di dalam Al-Quran.



Lokasi: Malaysia

Si anak: Umi... umi... dulu umi pernah cakap... sebagai umat Islam... orang perempuan hendaklah memakai tudung tapi kenapa kawan-kawan perempuan yang beragama Islam di sekolah saya tak pakai tudung?
Si ibu: Ehmmm...

Bisik sang semut...
Sukar sungguh ibu ini untuk menjawab... mudahnya mengajar anak di rantau orang kerana garis sempadannya nyata dan jelas tapi bila di negara sendiri... garis itu amat mengelirukan...