Kisah adik Nurin ni begitu menakutkan saya sebagai seorang ibu kepada 4 orang cahaya mata yang amat saya kasihi. Mungkin sekarang ramai yang tercari-cari formula bagaimana menangani masalah ni sedangkan di dalam Al-Quran dan Sunnah telah memberi panduan kepada kita bagaimana untuk hidup aman bahagia dan sejahtera di muka bumi Allah ni. Kalaulah kita semua menghayati apa yang terkandung di dalamnya... Saya sendiri sebagai hambaNya akui sering juga teralpa berdoa dan berharap diberikan kekuatan dan konsisten untuk memperbaiki diri ke arah mengikut panduan Al-Quran dan Sunnah.
Dalam kes arwah adik Nurin ni... nampaknya ada juga pihak yang menyalahkan ibubapa kerana tidak mengawasi anak-anak. Saya sendiri sebagai ibu adakalanya membiarkan saja anak-anak bermain di playground bersebelahan dengan rumah. Dalam pada tu, ada saya terfikir mungkin juga kita boleh gunakan microchip sensor yang membolehkan pergerakan anak dipantau melalui sistem navigasi komputer. Ataupun dengan penggunaan RFID. Cumanya saya fikirkan kalau nak guna RFIDpun kenalah pastikan hukumnya dari segi agama dan saiz biarlah kecil daripada yang di dalam foto yang saya dapat dari wikipedia ni.
Tapikan risau jugak, takut dikoreknya pulak si mangsa culik oleh si penculik tak berhati perut... ya la dah namanyapun penculik...
"Wahai penculik seluruh dunia, TOLONGLAH INSAF SIKIT!!! Korang tak teringin ke nak berkeluarga dan ada anak... kalau anak korang kena culik CAMNE???" Geramnya rasa...!!!


No comments:
Post a Comment