Semasa lawatan saya ke Jepun awal tahun lepas... saya tgk masyarakatnya walaupun tak pernah dengarpun ayat "Kebersihan Sebahagian Iman" begitu menjaga kebersihan hinggakan semasa saya mengikuti program homestay di sana, saya perhatikan 'okasan' (emak) mencuci dulu tin-tin makanan atau botol-botol minuman sebelum dibuang. Sayapun sekarang ni dah cuba implemenkan. Ya lah kata orang perkara baik jadikan teladan, perkara jahat jadikan sempadan...
Macam tu jugak dengan sungai... kalau di negara luar begitu menjaga sungai-sungai hingga boleh dijadikan tempat pelancongan menarik. Sekarang ni bagus Sungai Melaka telah dimulakan proses pengindahannya. Nantilah saya masukkan foto-foto menarik mengenai sungai...


No comments:
Post a Comment