Keratan akhbar Utusan online...
Bayi ditemui di belukar
KOTA KINABALU 7 April - Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui ditinggalkan dalam keadaan berbalut dengan kain di kawasan belukar di belakang bangunan Bank Negara dekat sini pagi semalam.
Bayi berkenaan yang masih mempunyai tag hospital pada tangannya itu ditemui orang awam yang kebetulan melalui kawasan belukar itu kira-kira pukul 8.20 pagi.
---------------------------------------------------------------------------
Pembunuh Nurul Anira diburu
KOTA BHARU 7 April - Polis hari ini mengesahkan Nurul Anira Che Rosik, 17, yang mayatnya ditemui dalam kebun getah di Kampung Chegar Bedil, Kuala Balah, Jeli, petang semalam, mati dibunuh.
Mayatnya yang ditemui pada pukul 6 petang kira-kira 500 meter dari rumahnya berada dalam keadaan separuh bogel dengan tangannya diikat menggunakan akar pokok dan kain tudung.
----------------------------------------------------------------------------
Risaunya hati... selamatkah anak-anak kita nanti...? Bayangkan dunia sekiranya semua bertanggungjawab dan memahami tujuan kewujudan kita manusia di muka bumi... MUSTAHILKAH??? We Are All Khalifah Of Allah! Allahu Akbar!
Tuesday, April 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment