Sunday, August 3, 2008

Pengalaman Menaiki Komuter

Sebenarnya sudah lama saya tidak menggunakan public transport iaitu semenjak telah berumahtangga selama hampir 9 tahun. Sejak itu, ke mana sahaja saya pergi pasti bersama suami ataupun sekiranya destinasi yang hendak dituju masih di dalam daerah 'keberanian' saya, maka saya memandu sendiri :). Tapi semalam saya telah membuat keputusan untuk menaiki komuter untuk menghadiri satu seminar yang lokasinya berdekatan benar dengan stesen komuter iaitu di Hotel Cititel, Mid Valley Megamall. Fikir saya... apa salahnya sekali-sekala merasai semula pengalaman menaiki public transport seperti mereka yang sememangnya tiada pilihan lain untuk bergerak ke satu-satu destinasi.

Susah juga untuk saya mengagak bilakah komuter akan tiba kerana waktu tiba tidak dipaparkan di layar digital di stesen tersebut. Malam sebelumnya saya telah membuka laman web KTMB untuk mendapatkan jadual ketibaan dan bertolak tapi hampa sahaja. Fikir saya... agaknya orang Malaysia tidak berani meletakkan jadual disebabkan kepopularan rakyat kita yang terkenal dengan panggilan "janji Melayu". Istilah itu saya rasa telah kurang sesuai... kerana sikap ini telah menular ke bangsa Malaysia yang lain... jadi mungkin boleh diubah menjadi "janji Malaysia". Sekadar berdasarkan dari pengalaman...

Semasa komuter tiba, keadaan menjadi agak serabut... manakan tidak... masing-masing tidak mahu mengalah berlumba-lumba ingin menaiki komuter begitu juga yang ingin keluar dari komuter. Arghhh... lemas!!! Terbayang di fikiran saya pada ketika itu... alangkah baiknya jika pak menteri turut merasai 'keseronokan' berhimpit-himpit semasa menaiki komuter tersebut. Dengan syarat janganlah dibawa bersama si cameraman dan si reporter... Dengan lampu kamera yang flashing tak henti2, sudah tentu laluan lapang akan diberi kerana sudah semestinya bukan calang-calangnya orang ini diikuti cameraman dan reporter.

Setelah puas meredah tembok2 manusia, berjaya juga saya masuk ke dalam komuter tapi terpaksa berdiri kerana seat telah penuh. Sekali lagi saya tertanya2 kenapalah tidak dipasang pemegang di bahagian atas kerana saya langsung tidak dapat berpegang kepada mana2 pemegang dek kerana terlampau ramai penumpang. Paling tidakpun, terpaksalah saya memegang sesiapa saja yang sempat saya berpaut. Harapnya tidaklah sampai ke tahap itu, fikir saya.

Ketika itu juga terlintas di fikiran saya bagaimana nak mengatasi masalah berebut-rebut seperti tadi. Tiba2 saya terlihat panduan yang telah disediakan oleh pihak KTMB mengenai cara masuk dan keluar dari komuter... Ehmm... nampaknya tidak diendahkan oleh penumpang... Masalahnya semalam itu, saya agak yang memenuhi komuter adalah sama banyaknya rakyat negaraku tercinta dan rakyat 'jiran sebelah' negara.

Saya tidaklah berani untuk membuat kesimpulan bahawa rakyat Malaysia sememangnya kurang disiplinnya. Mungkin juga mereka juga terpaksa bertindak agresif. Kalau tidak melepas pulak untuk menaiki komuter berkenaan...

Fikir saya... bagaimanakah untuk menjadikan pengalaman menaiki komuter itu lebih selesa dan sistematik seperti ini?



Ada sesiapa yang ingin membantu menjawab persoalan saya ini...? Pandangan saya sendiri... sekali sekala pihak KTMB perlulah turun padang memberi kesedaran agar penumpang-penumpang komuter lebih berdisiplin dan bersistematik semasa memasuki atau keluar komuter.

Pengalaman saya semasa di Jepun beberapa tahun yang lalu... lantai di ruang menunggu dilukis sempadan-sempadan untuk kita beratur sementara menanti train. Cumanya pemandu komuter perlu cekap untuk berhenti betul-betul mengikut sempadan yang ditetapkan... Ada yang nak ambil challenge ni agaknya!!!???

No comments: