KOTA BHARU - Persiapan memulakan sesi persekolahan membabitkan 30,000 pelajar dari 38 sekolah di Kelantan, terjejas apabila semua sekolah tersebut ditutup atas sebab keselamatan kerana paras air banjir meningkat sejak awal pagi semalam.
Arahan kepada kesemua pentadbir sekolah dikeluarkan sejurus sebelum sekolah dibuka, mengakibatkan ada pelajar, ibu bapa dan guru-guru sendiri terpinga-pinga apabila pintu pagar sekolah ditutup.
Sumber: Kosmo, 5 Jan 09.
Setiap tahun ada saja kisah banjir yang disajikan di kaca tv ataupun di dada akhbar. Saya terfikir... Adakah kita tidak perlu mencari punca dan cuba menyelesaikannya? Adakah kita hanya sekadar saban tahun mewar-warkan saja kisah banjir di sana sini tanpa perlu mencari jalan menyelesaikannya? Adakah itu definisi sebenar dan lengkap mengenai ungkapan "Redha dengan takdir"? "Terima saja qada' dan qadar".
Kalau begitu penjelasannya... nampaknya saudara kita di bumi Palestin tak perlu berusaha dan bersabung nyawa mempertahankan kedaulatan tanahair mereka... terima saja takdir seadanya...
Buli Siber: Dakwah ‘Tikus Baik Labu’
1 day ago
No comments:
Post a Comment