Sunday, January 25, 2009

Kami endah!

# Kewajiban Umat Islam terhadap Palestin

1. Memahami Keadaan dan Permasalahan Palestin

Kewajiban pertama yang paling asas bagi seorang muslim adalah memahami akar kepada masalah Palestin (Al-Quds) bahawa masalah Palestin adalah masalah umat Islam. Perebutan kekuasaan yang terjadi di tanah suci itu bukan perebutan antara dua bangsa, Arab dan Israel. Tetapi, perang antara Islam dan Zionis Yahudi.

“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” [Al-Maidah (5): 82].

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh mereka sampai ada seorang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pohon-pohonan. Dan berkatalah batu dan pohon, wahai muslim, wahai hamba Allah, ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia; kecuali pohon gorqhod kerana ia adalah pohon yahudi.” (HR Muslim).

Masalah Palestin bukan hanya masalah bangsa Palestin dan bangsa Arab saja. Tetapi masalah seluruh umat Islam, bahkan masalah kemanusiaan secara keseluruhan. Atas dasar pandangan akidah inilah seluruh umat Islam wajib memahami kondisi dan permasalahan Palestin.

2. Menyebarluaskan Tentang Keadaan dan Permasalahan Palestin kepada Masyarakat

Setelah memahami permasalahan dan keadaan Palestin, maka mereka harus menyebarkan pemahaman ini kepada seluruh umat Islam. Masih ramai umat Islam yang belum memahami keadaan dan permasalahan Palestin. Hal ini terjadi kerana banyak sebab, di antaranya faktor lemahnya keimanan dan permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam itu sendiri di seluruh dunia.

Oleh kerana itu setiap individu yang mengaku muslim harus memahamkan pada umat Islam yang lain di seluruh dunia bahawa masalah Palestin adalah masalah utama umat, dan masa depan umat akan sangat terkait dengan perjuangannya terhadap Palestin. Bahawa di Palestin ada Al-Masjid Al-Aqsa kiblat pertama umat Islam yang sedang terancam. Bahawa Rasulullah saw. memimpin solat berjama’ah yang diikuti oleh para nabi dan rasul pada peristiwa Isra’ yang merupakan pewarisan tanah Palestin pada umat Islam. Bahawa Umar bin Khattab r.a. menerima penyerahan kunci langsung Kota Palestin (Al-Quds).

3. Jihad dengan Harta

Kewajiban seterusnya bagi umat Islam adalah berjihad dengan harta mereka. Umat Islam harus menyisihkan sebagian rezekinya minimal 1% untuk perjuangan Palestin. kerana jihad di Palestin sangat memerlukan kepada harta. Dan di sana juga ramai janda, anak yatim, anak sekolah, mahasiswa, orang yang kehilangan rumah dan pekerjaan akibat konflik dan perang yang belum diketahui akhirnya. Semua itu sangat memerlukan uluran tangan umat Islam lainnya yang mampu.

4. Jihad dengan Jiwa

Terdapat perbezaan mendasar dalam sifat peperangan di Palestin. Bila perang di Palestin dinyatakan sebagai perang antara dua bangsa atau dua negara, maka tidak boleh ada keterlibatan pihak lain di luar dua pihak yang bertikai tanpa ada permintaan untuk terlibat dari salah satu pihak yang berperang. Keterlibatan tanpa ada permintaan untuk terlibat berarti pelanggaran kedaulatan sebuah negara yang bertentangan dengan hukum antarabangsa. Kenyataan yang terjadi adalah bahawa peperangan di Palestin adalah peperangan agama antara Islam dan Yahudi yang mengundang keterlibatan semua umat Islam dan kaum Yahudi di seluruh dunia, di setiap bangsa dan negara mana pun. Maka, hukum perang di Palestin adalah jihad fii sabiilillah yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam di seluruh dunia sesuai dengan kondisi mereka di setiap tempat.

“Diwajibkan atas kamu berperang sedangkan kalian membencinya. Barangkali kamu membenci sesuatu, tetapi itu baik bagi kamu. Dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan itu buruk bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.” [Al-Baqarah (2): 216]

“Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak ikut) berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan Allah mengetahui orang-orang yang bertakwa.” [At-Taubah (9): 44]

Palestin adalah tanah waqaf umat Islam yang harus dipertahankan sampai bila-bila. Pembelaan kita terhadap Palestin bukan kerana mereka orang-orang Arab, melainkan kerana mereka adalah muslim dan kerana Palestin adalah salah satu dari tiga tempat suci umat Islam yang dimuliakan Allah. Kerana itu, permasalahan Palestin harus dijadikan perhatian utama umat Islam.

5. Doa

Dan kewajiban yang paling minimal yang harus terus dilakukan oleh setiap umat Islam adalah berdoa. Doa orang beriman kepada saudaranya tanpa sepengetahuan mereka adalah maqbul.

Jadi, apa peranan kita sebagai umat Islam? Kita kena sedar yang perjanjian terbukti tidak membuahkan sebarang hasil. Yahudi berkali-kali langgar perjanjian dan tak buat apa yang dijanjikan. Yang pertama sekali dalah dengan doa kita untuk Palestin, beri sumbangan sekadar termampu, boikot barangan yang terlibat dengan Israel dan last sekali, menggabungkan diri kita dalam kelompok gerakan Islam bagi mengembalikan semula Tanah Al-Quds harta milik orang Islam seluruh dunia!

Al-Hamra’ ” Bumi Palestin bumi orang Islam seluruhnya, setiap inci dan saat apa yang berlaku di sana menjadi tanggungjawab kita semua!!!”

No comments: