Wednesday, January 21, 2009

Mesej yang mengelirukan

Menonton drama-drama Melayu di TV amat merungsingkan fikiran saya sebagai seorang ibu. Masakan tidak, dalam satu babak di dalam slot Lestary "Ku Milikmu"... kelihatannya ibubapa dengan rasa gembira memerhati secara senyap gelagat anak lelaki mereka yang sedang asyik berpelukan dan bermesraan dengan kekasih hatinya di rumah mereka sendiri. Itu belum lagi termasuk adegan lemah gemalai si gadis dengan rengekan manjanya.... alahai suara...

Anak-anak yang melihat tentu beranggapan perlakuan seperti itu dihalalkan dari segi agama. Maka tidak hairanlah melihat gelagat anak-anak remaja sekarang... Sedih sungguh sedih... :(

Pendapat saya...

Berpadan-padanlah dalam berkarya jangan sampai membelakangkan agama. Anda boleh menyangkal pendapat saya ini bila-bila masa sesuka hati anda jika anda rasakan kerunsingan saya ini tidak relevan... Tapi sebagai seorang muslim... yang berpandukan pada Al-Quran dan Sunnah... Yang tak boleh tetap tak boleh... anda mengejar keuntungan di dunia sahaja ke atau ingin juga keuntungan di akhirat... dunia hanya sementara... tapi alam akhirat kekal selamanya...

----------------------------------------------------------------------------------

“Sesungguhnya telah aku tinggalkan kepada kamu sekelian rujukan yang jika kamu perpegang-teguh dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu; Kitab Allah dan Sunnah NabiNya”.(Hadis sahih, Riwayat Imam al-Hakim dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Rujukan: Kitab “المنتقى من كتاب الترغيب و الترهيب”, Dr. Yusof Al-Qardhawi, m.s. 111

----------------------------------------------------------------------------------

”Jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu merujuknya kepada (Kitab) Allah dan (Sunnah) Rasul jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Tindakan demikian adalah paling baik (bagi kamu) dan paling elok akibatnya.” (Surah an-Nisa’, ayat 59).

----------------------------------------------------------------------------------

فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِى فِى قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاً

Ertinya : Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab: 32)

No comments: