Sejak dari sekolah menengah dulu minat saya terhadap mendalami ilmu sejarah amatlah sedikit sekali tidak kiralah sejarah Malaysia sendiri mahupun sejarah Islam. Struggle habis untuk dapatkan A semasa SRP tapi bukan kerana minat sangat tapi sekadar nak dapat A, hafallah jawabnya tapi tak menjiwai. :\
Sejak berlakunya konflik di Palestin ni saya merasa terpanggil untuk lebih memahami kenapa Israel begitu berkeras untuk mendapatkan keseluruhan bumi Palestin ini. Satu 'keajaiban' telah berlaku dalam hidup saya kini kerana saya semakin mula berminat dengan sejarah dengan hati yang tulus ikhlas! Syukur alhamdulillah...
Saya pernah mendengar ungkapan "Sejarah akan berulang". Sejarah penting kerana ia memberi panduan kepada kita untuk mengemudi kehidupan. Tindakan kita pada ketika itu dan kesan baik buruknya menjadi panduan untuk kita sama ada untuk terus jadikan amalan atau elakkan di masa hadapan. Sejarah mengajar kita agar tidak mengulangi kesilapan masa lalu yang tentunya amat merugikan.
Jadi adik-adik... mari kita cintai sejarah!
Sejarah Palestin ni sememangnya teramatlah panjangnya sepanjang kewujudannya di muka bumi... so be patient... worth reading supaya tidaklah lagi kita menjadi antara yang buta hati sekadar melihat kesengsaraan mereka dari jauh ini.
----------------------------------------------------------------------------------
Asal-usul Konflik Palestin
Oleh: Azah (www.azahamin.com/asal-usul-konflik-palestin)
Tidak ada tanah yang lebih bergolak selain daripada Palestin. Sejarah Palestin adalah sejarah panjang peperangan. Palestin adalah pusat tiga agama dan peradaban besar: Islam, Kristian, dan Yahudi. Ketiga-tiganya saling mempertahankan kewujudannya di atas tanah suci ini. Inilah tempat bertemunya bangsa-bangsa di satu titik konflik dalam jangka waktu yang sangat panjang. Tapi satu perkara yang pasti, Palestin bukanlah tanah kosong tanpa bangsa (the land without nation), bukan pula milik Zionis Israel, sebuah bangsa yang tidak memiliki tanah (the nation without land).
Bagi umat Islam Palestin, adalah masalah utama kerana Palestin merupakan tanah waqaf umat Islam. Di sana terdapat Masjid Al-Aqsha, tempat para nabi dan rasul, tempat Isra’ Rasulullah saw., dan tempat yang sangat diberkati Allah swt.
#1. Sejarah Silam
Palestin adalah tempat yang bermakna untuk umat Islam kerana di situlah pusat kenabian. Ramai nabi-nabi yang diturunkan di situ, (atau paling kurangpun berkait dengan Palestin). Orang Yahudi plak claim Palestin, antara alasannya; mereka adalah penduduk asal di situ. Tapi, kalau mengikut kajian sejarah, penduduk asal di situ adalah kaum Arab yang diberi nama Kanan (Kan-An) yang menetap pada 2500 s.m.
Sejarah kenabian di Palestin bermula dengan Nabi Ibrahim. Kita semua tahu bagaimana Nabi Ismail ditinggalkan di Mekah, dan bagaimana asalnya mata air Zam-Zam. Nabi Ibrahim bukanlah daripada bangsa Israel. Selepas Nabi Ibrahim, Nabi Ishak kekal berada di Palestin dan Nabi Ismail pula di Mekah.
* 25 Rasul: Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh, Ibrahim, Lut, Ismail, Ishak, Ya’qub, Yusuf, Ayub, Syuaib, Musa, Harun, Zulkifli, Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasa’, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa, Muhammad.
Bani Israel adalah keturunan daripada Nabi Ya’qub, termasuklah anak-anaknya, cucu cicit. (Israel yang bermaksud: orang yang berjalan malam) . Nabi Ya’qub menetap di Palestin. Anak Nabi Ya’qub ada sorang nama Yahuza, dari itulah asalnya nama Yahudi. Kita juga tahu cerita bagiamana anak Nabi Ya’qub, Nabi Yusuf yang dikhianat oleh abang dia, ditinggalkan di padang pasir dan kemudian diselamatkan dan dibawa ke Mesir. Selepas Nabi Yusuf jadi pemerintah di Mesir, baginda menjemput ayahnya, Nabi Ya’qub dan keluarga pindah ke Mesir. Pusat kenabian kemudiannya berpindah ke Mesir, sehinggalah ke zaman Nabi Musa dan Firaun.
Palestin yang di dalamnya terdapat Al-Quds adalah tanah waqaf umat Islam, yang telah mereka warisi sejak lebih dari 6000 tahun. Hal ini kerana Nabi Ibrahim a.s. bukanlah seorang Yahudi dan bukan pula Nasrani, tetapi seorang yang hanif dan muslim; dan beliau tidak musyrik pada Allah. [Ali Imran (3): 67].
Dari ayat tersebut sangat jelas disebutkan bahawa Palestin adalah warisan ideologis, bukan warisan genetis. Masuknya Musa ke tanah Palestin bukan kerana nenek moyangnya orang Palestin, melainkan perintah keimanan dari Allah swt.
Nabi Musa lepas melarikan diri dari Firaun melalui laut merah membawa rakyatnya (bani Israel) kembali ke Palestin. Namun orang Yahudi tak nak masuk Palestin (degilnya…) sebab masa tu ada ‘orang lain’ yang memerintah Palestin.
Musa berkata, “Hai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestin) yang telah ditentukan bagimu (selagi mana kamu beriman). Dan janganlah kamu lari ke belakang (kerana takut kepada musuh), maka kamu akan menjadi orang-orang yang merugi”.
Mereka berkata, “Hai Musa, sesungguhnya di dalam negeri itu ada orang-orang yang gagah perkasa (bangsa kanaan). Sesungguhnya kami sekali-kali tidak akan memasukinya sebelum mereka keluar. Jika mereka keluar, pasti kami akan memasukinya.”
Berkatalah dua orang di antara orang-orang yang takut kepada Allah yang Allah telah memberi nikmat atas keduanya, “Serbulah mereka melalui pintu gerbang kota ini. Maka bila kamu memasukinya, nescaya kamu akan menang. Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal jika kamu benar-benar beriman.”
Mereka berkata, “Hai Musa, sekali-kali kami tidak akan memasukinya selamanya selagi mereka ada di dalamnya. kerana itu, pergilah kamu bersama Tuhanmu dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya akan duduk menanti di sini saja.”
Berkata Musa, “Ya Tuhanku, aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku. Sebab itu pisahkanlah antara aku dan orang-orang yang fasik itu.”
Allah berfirman (jika demikian), maka sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka selama empat puluh tahun. Lalu, selama itu mereka berputar-putar kebingungan di bumi (padang Tiih) itu, maka janganlah kamu bersedih hati (memikirkan nasib) orang-orang fasik itu. [Al-Maidah (5): 21-26].
Kerana itu, Zionis Israel Yahudi tidak memiliki hak waris atas tanah Palestin, baik dari Ibrahim, Musa, atau Ya’kub (Israel) yang merupakan nenek moyang mereka. Sebab, Palestin adalah warisan keimanan; dan Zionis Israel Yahudi saat ini berada dalam ruang keimanan yang berbeza, bahkan bertentangan dengan pendahulu mereka. Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’kub.
“Hai anak-anakku, sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk Islam.” [Al-Baqarah (2): 132].
Dari sudut pandangan keimanan, Palestin adalah warisan Islam. Bukan warisan tiga agama dan peradaban; Islam, Kristian, serta Yahudi yang sering disebutkan mempunyai akar yang sama, iaitu agama Ibrahim. Sebab, Ibrahim hanya memiliki satu agama, agama Islam.
“Ataukah kalian, (orang-orang Yahudi dan Nasrani) mengatakan bahawa Ibrahim, Isma’il, Ishaq, Ya’kub dan anak cucunya adalah penganut agama Yahudi atau Nasrani? Katakanlah, apakah kalian yang lebih mengetahui atau Allah?” [Al-Baqarah (2): 140].
“Ibrahim bukanlah seorang Yahudi dan bukan pula Nashrani, tetapi seorang yang hanif dan muslim dan dia tidak musyrik pada Allah.” [Al-Imran (3): 67].
Jadi, Allah sesatkan diorang selama 40 tahun. Pada waktu tu, Nabi Musa dan Nabi Harun wafat. Nabi Yusa’ (dikenali sebagai Joshua) adalah Nabi yang memimpin Yahudi masuk balik ke Palestin selepas tu (1190 s.m.)
Dalam Quran ada disebutkan kisah Nabi Daud dan tentera Raja Talut. Raja Talut memberi takhta kepada Nabi Daud sebagai raja di Palestin, dan start dari sini, bermulalah kerajaan Yahudi di Palestin. Nabi Daud tukar nama bandar pemerintahan kat situ, asalnya Madinatussalam kepada Jerusalem (Hebrew) - 995 s.m.
Nabi Daud digantikan oleh Nabi Sulaiman, dan pada ketika inilah zaman kegemilangan Yahudi sebab kita tahu betapa besarnya kerajaan Nabi Sulaiman (menguasai jin dan sebagainya) dan dikatakan Nabi Sulaiman ada bina temple (Haikal Temple) kat Jerusalem.
Selepas Nabi Sulaiman wafat, Palestin terbahagi kepada dua; pertama ialah Kingdom of Israel, yang ditewaskan oleh Parsi. Kedua ialah Kingdom of Yahudi yang ditewaskan oleh Nebuchadnezar. Yahudi kemudian dihalau ke Iraq dan tak dibenarkan masuk lagi. (500-an s.m.)
Pemerintahan bertukar tangan dari Parsi ke Alexander The Great ke Rom (63 s.m.) sehinggalah Umar Al-Khatab ambil Palestin pada tahun 638 m. Jadi kita boleh lihat, Yahudi cuma menjadi kerajaan kat Palestin cuma empat kurun saja. Dari Nabi Daud hingga sebelum Nebuchadnezzar (1104 s.m. - 586 s.m) sementara umat Islam yang memerintah selepas Umar selama 12 kurun.
#2. Sejarah Moden
Napoleon Bonaparte adalah orang yang bertanggungjawab membawa kembali Yahudi ke Palestin pada 20 April 1799 iaitu seramai 5000 orang. Tujuannya adalah untuk mengkucar-kacirkan kerajaan Uthaminiyyah. Selepas WWI, Yahudi di Palestin cuma 55,000(8.4%), selebihnya adalah orang Arab.
Sejarah moden Palestin pula terbahagi kepada lima fasa:
Fasa 1: 1880 - 1917
Pada tahun 1897, ditubuhkan World Zionis Organization (pertubuhan Yahudi sedunia) dan kongres pertama diadakan di Swiss pada 27-29 Ogos 1897. British dikempen supaya menyokong pertubuhan tersebut. Sebelum WWI (1914-1918), kerajaan Uthamniyyah melarang orang Yahudi membeli tanah di Palestin tapi larangan tersebut ditarik balik selepas tu.
Semasa WWI, British telah buat perjanjian dengan tiga pihak. Perjanjian dengan France dan Russia tentang pembahagian kawasan kemenangan (kalau mereka menang), perjanjian dengan Raja Hussin supaya tolong lemahkan kerajaan Uthmaniyyah melalui semangat nasionalisme (kalau berjaya, akan diberi Palestin) dan terakhir dengan Zionis yang ketika itu menguasai Amerika. Tujuannya adalah agar dapat melobi Amerika menyertai pasukan British dalam perang dan sebagai balasan, akan diberikan Palestin kepada mereka. Ini dinamakan ‘Belfa Declaration‘.
Fasa 2: 1917-1948
Semenanjung Palestin dikenali sebagai trans Jordan ketika itu. Pada tahun 1924, kerajaan Uthmaniyyah tumbang (pertama kali dalam sejarah umat Islam tak ada sistem khalifah). Liga Bangsa-Bangsa (belum ada PBB) disuruh menerima ‘Belfa Declaration‘ antara British dengan Yahudi. Pada 24 Julai 1922, declaration tu diterima dan bilangan Yahudi yang masuk Palestin semakin ramai. High commisioner British di Palestin adalah orang Yahudi. Tekanan seperti cukai tanah yang tinggi dikenakan kepada penduduk Palestin supaya mereka menjual tanah mereka. Pada waktu ini, Jihad Palestin mula ditubuhkan. Bermula tahun 1929, umat Islam di sana mula bertempur dengan pihak British. Fatwa haram menjual tanah kepada Yahudi dikeluarkan tahun 1935. Sepanjang tahun 1929-1939, banyak pertempuran berlaku tetapi gagal. British keluarkan kertas putih yang menyatakan kerajan Palestin akan ditubuhkan pada 10 tahun lagi (which is 1949), yang akan diperintah oleh Arab dan Yahudi.
Tahun 1944, cuma ada 75000 orang Yahudi di Palestin dan British berjanji bahawa tak akan ada lagi orang Yahudi yang akan masuk Palestin kecuali dengan izin orang Arab kat situ. Orang Arab pun sukala hati sebab kerajaan nanti mestilah akan dapat mereka kuasai.
Selepas WWII, tahun 1947, British membincangkan isu Palestin di PBB. Resolusi 181 PBB menyatakan yang PBB bercadang membahagikan Palestin kepada dua, 55% daripada kawasan diberi kepada Yahudi (yang cuma 33% daripada population) dan selebihnya kepada Arab. Walaupun ternyata pembahgian tak ikut logic, Yahudi masih tak puas hati dan inginkan lebih banyak penguasaan. Ikhwanul Muslimin mula masuk berperang di Palestin ketika ini. Pada 14 mei 1948, Israel diisytiharkan sebagai negara dan Arab diusir beramai ramai.
Fasa 3: 1949 - 1967
Yahudi meluaskan penguasaan, berjaya menguasai seluruh Palestin, semenanjung sinai dan Golan. Mereka merancang nak menubuhkan Israel Kubra (The Great Israel) yang meliputi kawasan ni termasuk Iraq dan Madinah kerana mereka pernah menetap di sana. Yaser Arafat menubuhkan Al-Fatah, satu gerakan revolusi untuk menentang Yahudi pada tahun 1957. PLO ditubuhkan pada tahun 1974 dan dianggap mewakili orang Palestin.
Fasa 4: 1967 - 1987
PBB mengeluarkan resolusi 3236 pada tahun 1975 yang menyatakan hak orang Palestin menubuhkan negara di Palestin. Tahun 1967-1970, perang berlaku antara kawasan East Palestin dengan Israel, dan Israel kalah teruk. Perang tu dinamakan ‘Peperangan Karamah‘. Tahun 1987, PLO yang diketuai oleh Yaser Arafat menukar cara, daripada arm struggle kepada negotiation.
Camp David (yang selalu kita dengar tu) adalah perjanjian antara Mesir dan Israel pada tahun 1978. Israel bersetuju withdraw dari Palestin, dengan syarat Israel diiktiraf. Waktu tu, semangat orang arab JATUH teruk.
Tahun 1987, HAMAS ditubuhkan (sekarang, HAMAS berada dalam list terrorism). Hamas ditakuti oleh orang Yahudi kerana penyertaannya adalah dari golongan pelajar dan profesional.
Fasa 5: 1987 - 2000
Perang Teluk menyebabkan bantuan negara-negara Arab kepada pejuang di Palestin dihentikan. Maka perjuangan di Palestin tak ada support dari segi kewangan terutamanya.
Tahun 1993, ada perjanjian damai OSLO di mana PLO (Yaser Arafat) diberi peluang memerintah Gaza dan Jericho. Adakah ni petanda yang bagus? Bagi orang Yahudi, mereka tidak memerlukan tempat tersebut kerana bagi mereka, tempat-tempat tersebut adalah celaka. Arafat pula cuma mentadbir lima perkara iaitu kesihatan, pendidikan, specail affair (perkahwinan dsb), cukai dan pelancongan. Urusan lain diuruskan oleh Israel. Kerajaan Arafat tak boleh ada senjata kecuali polis supaya dapat perangi keganasan. HAMAS jadi serba salah sebab nak serang Israel, tapi takut berlawan dengan orang Islam sendiri.
Sebagai perumpamaan, kita ada sebuah rumah yang cantik. Lepas tu orang datang, masuk rumah kita dan usir kita keluar. Lepas tu buat perjanjian dengan kita, OK, kita boleh duduk tapi kat kawasan sampah jer. Dan kalau ada orang nak ceroboh rumah, kita kena tangkap orang tu.
Pada 18 Mei 1994, Palestenian Authority (bukan government) ditubuhkan. Kerajaan baru ni diiktiraf oleh certain countries tapi tak diiktiraf oleh negara-negara seperti US, UK. Semasa pentadbiran Clinton dulu, empat kementerian diketuai oleh Yahudi. Antaranya Finance, Luar Negara (Albright), Defence. Daripada 11 orang Senat, tujuh orang adalah Yahudi. Director of CIA sekarang adalah Yahudi.
Fasa 6: 2000 - sekarang
Pada 28/9/2000, Sharon bercadang untuk menziarahi Al-Aqsa. Maka berlakulah Intifadah yang kedua. Ini membawa sinar baru dalam perjuangan menentang yahudi. Dulu, penentangan adalah atas dasar semangat kebangsaan Arab, sekarang atas nama agama. Kalau dulu 25 orang Yahudi mati, barulah seorang Palestin meninggal. Sekarang, tiga orang Palestin sama dengan seorang Yahudi.
# Al-Quds :-
Di dalam Al-Quds terdapat Masjid Al-Aqsa, Dome of Rock, masjid Umar dan gereja Kiamat. Orang Kristian percaya yang Nabi Isa dikebumikan di gereja kiamat ni. Pemegang kunci bagi gereja kiamat ni adalah orang Islam daripada keluarga Nusaibah (hingga ke hari ini). Terdapat empat tembok keliling kota ni. Satu tembok dibina oleh kaum Kan-An (puak pertama), Nabi Sulaiman, Raja herdos dan satu lagi Kerajaan Uthmaniyyah. Terdapat lapan pintu untuk memasuki kota ni.
Semasa Israk dan Mikraj, Rasulullah mengikat Buroq di salah satu tembok tersebut. Kalau kita tengok dalam TV, Yahudi ada buat satu upacara dia kat satu tembok ni. Itulah tembok yang dimaksudkan. Di bawah tembok tersebut, orang Yahudi gali lubang beralasan nak cari Haikal Temple Nabi Sulaiman dulu.
Banyak percubaan telah dibuat untuk membantu mencipta sebuah “penyelesaian dua negara” yang melibatkan penciptaan sebuah negara Palestin merdeka di samping Israel. Pada masa ini, kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik untuk menamatkan konflik, menurut banyak tinjauan pendapat yang utama. Kebanyakan orang Palestin melihatkan Tebing Barat dan Jalur Gaza sebagai sebahagian kawasan negara masa hadapan, suatu sudut pandangan yang juga diterima oleh kebanyakan orang Israel. Walaupun demikian, sebilangan ahli akademik yang kecil menyokong penyelesaian satu negara, dengan semua kawasan Israel, Jalur Gaza, dan Tebing Barat menjadi sebuah dwinegara dengan hak yang sama untuk semua penduduk. Bagaimanapun, terdapat banyak percanggahan pendapat yang utama tentang bentuk persetujuan mutakhir serta tahap keandalan kedua-dua pihak terhadap komitmen asas masing-masing.
Terdapat banyak pemain dalam negeri serta pemain antarabangsa yang terbabit dalam konflik ini. Pihak perunding langsung ialah kerajaan Israel yang diketuai oleh Ehud Olmert dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang diketuai oleh Mahmoud Abbas. Perundingan rasmi diantarakan oleh sebuah kontingen antarabangsa yang dikenali sebagai Kuartet Timur Tengah yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Rusia, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa Bersatu, dan diwakili oleh utusan khas yang kini merupakan Tony Blair. Liga Arab merupakan pemain yang penting yang telah mencadangan rancangan keamanan alternatif. Mesir, anggota pengasas Liga Arab, merupakan peserta yang utama dari segi sejarah.
Sejak tahun 2006, pihak Palestin telah dipecah belah oleh konflik antara dua puak yang utama: Fatah, parti yang terbesar, dan Hamas, sebuah kumpulan militan Islam. Oleh sebab itu, wilayah yang dikuasai oleh Pihak Berkuasa Nasional Palestin (kerajaan interim Palestin) berpecah belah antara Fatah di Tebing Barat dengan Hamas di Jalur Gaza. Ini terbukti menimbulkan masalah kerana Hamas dianggap sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh Israel dan banyak negara yang lain. Oleh itu, walaupun Hamas memenangi pilihan raya Palestin 2006, ia tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang perundingan rasmi.
Pusingan perundingan keamanan terkini yang bermula di Annapolis, Amerika Syarikat pada bulan November 2007 bertujuan untuk mencapai ketetapan mutakhir menjelang akhir tahun 2008. Semua pihak bersetuju bahawa adanya enam teras atau ’status akhir’ yang merupakan persoalan yang mesti diselesaikan: Jerusalem, pelarian, petempatan, keselamatan, sempadan, dan air.
Dalam kalangan masyarakat Israel dan Palestin, konflik ini menjanakan berbagai-bagai pandangan dan pendapat (sila lihat juga pandangan Israel tentang proses keamanan dalam konflik Israel-Palestin dan pandang Palestin tentang proses keamanan).
Ini bertindak untuk menonjolkan percanggahan pendapat yang besar, bukan sahaja antara orang Israel dengan orang Palestin, tetapi juga antara mereka sendiri.
Ciri utama konflik ini ialah tahap keganasan yang disaksikan pada sepanjang konflik tersebut. Korban perang yang diadakan oleh askar tetap, kumpulan separa tentera, dan sel pengganas tidak hanya terhad kepada para tentera, malahan banyak nyawa orang awam bagi kedua-dua pihak juga dikorbankan.
Kesimpulannya, isu utama yang menjadi punca konflik ni:
* Status wilayah diduduki Israel
* Saling mengiktiraf
* Pelarian Palestin
* Petempatan Israel
* Keselamatan Israel
* Pembahagian sumber alam
* Perobohan rumah orang Palestin
# Keistimewaan Palestin (Al Quds) di Mata Umat Islam
Umat Islam memandang Palestin sesuai dengan pandangan ajaran Islam dan sejarahnya yang sangat panjang. Palestin adalah bumi para nabi di mana mereka mengajarkan risalah tauhid kepada umatnya. Tidak ada sejengkal tanah di Palestin, kecuali di sana ada nabi yang menyembah pada Allah dan menyampaikan ajarannya kepada umat. Dari mulai Nabi Ibrahim a.s. dan keturunannya Nabi Ishak a.s., Ya’qub a.s., Yusuf a.s. dan saudara-saudaranya. Kemudian Nabi Daud a.s. dan Sulaiman a.s. Seterusnya, Nabi Musa a.s., Harun a.s., Zakariya a.s., Yahya a.s., dan Isa a.s.
Palestin – di mana masjidil Aqsha ada di sana – merupakan kiblat pertama umat Islam. Ini adalah penghormatan Islam pada Palestin yang memiliki sejarah panjang tempat para nabi dan tempat turunnya wahyu. Rasulullah saw. dan sahabatnya pernah solat menghadap Al-Masjid Al-Aqsha selama kira-kira 16 bulan. Kemudian Allah swt. mengubah kiblat umat Islam ke Masjidil Haram. Dan perubahan itu diabadikan Al-Qur’an. Perpindahan kiblat ini sendiri memiliki banyak hikmah yang dirasakan umat Islam sampai sekarang.
Allah memuliakan Palestin dengan Al-Masjid Al-Aqsha. Masjid ini disamping kiblat pertama umat Islam, juga masjid kedua yang dimuliakan Allah swt. dan tanah suci ketiga setelah Makkah dan Madinah.
Rasulullah saw. bersabda, “Kamu tidak boleh mempersiapkan untuk melakukan perjalanan ziarah, kecuali pada tiga masjid; Al-Masjid Al-Haram, Masjid Rasul saw. dan Al-Masjid Al-Aqsa.” (Muttafaqun ‘alaihi)
Di Masjid Al-Aqsha ini pula Rasulullah saw. melakukan isra’ dan di sini baginda memimpin solat bagi para nabi dan rasul –suatu simbol bahwa Rasulullah saw. adalah pemimpin mereka. Kemudian dari Masjid Al-Aqsha, Rasulullah saw. melanjutkan perjalanannya menuju Sidratil Muntaha untuk menerina kewajiban yang paling agung, yaitu solat lima waktu.
Disamping tempat ini disucikan oleh Allah swt., tempat ini juga tempat yang diberkati oleh Allah swt. Keberkahan dari nilai-nilai spiritual kerana para nabi menyampaikan risalah di tempat ini, dan keberkahan material kerana kekayaan alam, kesuburan, dan letaknya yang sangat strategik serta alamnya yang indah. “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjid Al-Haram menuju Al-Masjid Al-Aqsha yang Kami berkahi sekelilingnya.” [Al-Israa (17): 1].
Demikianlah keistimewaan Al-Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis, Al-Quds di Palestin ini. Maka sudah merupakan kewajiban seluruh umat Islam, bahkan seluruh manusia untuk menjaga dan menyelamatkannya dari berbagai macam penjajahan bangsa-bangsa yang terkutuk, utamanya bangsa Yahudi.
Solidariti Yang Hakikatnya Seruan Jahiliah
4 weeks ago
No comments:
Post a Comment