Monday, March 30, 2009

Asyik Dajjal je...

Kenapa lebih banyak kisah Dajjal dan isu di Palestin saja dari kisah-kisah di Malaysia sendiri??? Tak melambangkan nama blog ni langsung!

Personally... kerana hasil dari pembacaan dan pemerhatian saya terhadap segala apa yang berlaku di dalam tanahairku yang tercinta ini baik dari segi masalah sosialnya, masalah politiknya, masalah kewangannya dan segala macam masalah lagi... dapat saya rasakan negara kita ini secara sedar atau tanpa sedar sudah semakin cenderung ke arah menerima pengaruh dari ejen-ejen atau alat-alat di dalam Sistem Dajjal ini.

Bagi yang ingin memberi komen pendapat saya ini, biarlah saya sarankan agar terlebih dulu merujuk kepada buku-buku bacaan saya ini dan beberapa siri dokumentari YouTube "The Arrivals". Selebihnya terserahlah kepada daya usaha dan kefahaman anda sendiri. Selamat berdiskusi...

----------------------------------------------------------------------------------

“Jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu merujuknya kepada (Kitab) Allah dan (Sunnah) Rasul jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Tindakan demikian adalah paling baik (bagi kamu) dan paling elok akibatnya.” (An-Nisa’: 59)

No comments: