Sunday, April 26, 2009

Musim penuhi rumah perlindungan

Letih saya mencari satu artikel yang ada saya terbaca di akhbar tapi tak sempat menyimpannya. Saya tertarik pada satu fakta di mana setelah dikaji kadar kemasukan remaja yang mengandung di luar nikah ke rumah2 perlindungan meningkat selepas berlakunya sesuatu acara sambutan seperti Tahun Baru, Hari Merdeka dsbnya. Ehm...??? apakah iktibar dari fakta ini...?

Pada hemat saya... boleh je kalau nak adakan acara sambutan tapi apa kata kita buat lain dari yang lain... buat signage... hadirin wanita di sebelah sini ya... hadirin lelaki di sebelah sana... boleh tambah satu kawasan lagi untuk yang berkeluarga. Mana tahu salah sorang perlu ke toilet... ibu atau ayah boleh bergilir tengokkan anak pula... So, let's see how it works! Kalau nak buat yang lebih drastik... tak perlulah buat acara sambutan berunsur hiburan tapi kita tukar angin ke majlis kesyukuran... berani sahut cabaran...??? Malaysia Boleh!!!

Satu pengakuan...

3. MuniraXXX - February 13, 2007
Tidak perlu kita menyalahkan sesiapa dalam isu terlanjur kerana jika tidak bertepuk sebelah tangan pasti ianya tidak akan terjadi insiden yang pada mulanya di ingini dan apabila ianya menjadi bencana lalu ianya menjadi insiden yang tidak di ingini.

Saya adalah merupakan salah seorang yang pernah mengahadapi peristiwa hitam ini di mana saya tidak boleh mengatakan bahawa saya tertipu dalam hal ini kerana saya juga yang telah mengundang peritiwa ini untuk berlaku.

Ketika baru berusia 16 tahun saya telah di dedahkan dengan banyak vedio-vedio ghairah yang sentiasa membuat saya sering terangsang dan ingin mencuba aksi-aksi yang di tayangkan di dalam vedio berkenaan. Al maklum sahaja kerana saya juga adalah manusia biasa yang tidak dingin dari perasaan keinginan menikmati apa yang saya lihat yang macam sedap saja.

Lalu pada satu malam yang saya katakan pada malam itu adalah satu malam yang seronok tetapi apabila saya fikirkan kembali ianya kini menjadi satu sejarah hitam bagi saya.

Seperti biasa seorang teman telah mempelawa saya ke rumah bujangnya , pada mula-mula kami berbual biaa sahaja, tetapi setelah dipujuk saya bersetuju untuk menonton vedio X bersamanya.

Dalam keghairahan menonton tiba-tiba saya dipeluk dan cium dan kerana pada masa itu saya sedang terlalu ghairah dan telah lama menyimpan perasaan untuk mencuba, akhirnya saya menyerahkan tubuh saya kepada teman saya tadi dan kahirnya berlakulah insiden yang meungkin di sengajakan secara tidak sengaja.

Kami sering melakukan perbuatan terkutuk itu sehingga suatu hari saya mendapati diri saya hamil 4 bulan.

Dunia menjadi gelap dan saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan dan teman lelaki saya telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Kota Raya.

Saya terumbang -ambing bagaikan mencari sesuatu untuk saya bergantung. Akhirnya saya membuat keputusan untuk mencari teman lelaki saya di Kota Raya.

Nasib tidak menyebelahi saya ,apabila saya terpaksa mengadaikan diri saya pula untuk menampung kehidupan kerana saya tidak mempunyai kelulusan dan pekerjaan di Kota Raya berkenaan.

Sehinggalah seorang lelaki yang baik hati menawarkan diri untuk mebantu saya. Kerana tuhan masih sayangkan saya, Lelaki ini yang berkeluarga menarik saya keluar dari kancah maksiat ini sehinggalah saya melahirkan anak yang saya kandungi.

Rezeki anak, saya kini telah mendapat pekerjaan , walaupun tidakbesar gajinya dan tidak glamour sekurang-kurangnya saya punya sumber rezeki yang halal untuk membesarkan anak saya.

Kini usia saya telah menjangkau 26 tahun dan saya telah matang dalam kehidupan dan menjadikan pengalaman remaja yang tidak sengaja dalam sengaja sebagai satu tauladan.

Sumber: sinchan.wordpress.com

No comments: