Sunday, April 12, 2009

Pengkhianat luar sedar!

Semalam terpaksa memberanikan diri menjemput husband dari LCCT. First time ke sana drive sendiri. Hati terasa agak gerun mengenangkan kisah-kisah taktik penjahat ke atas pemandu wanita. :(

Dalam perjalanan ke sana, ternampak ada seorang hamba Allah ini di hadapan kereta saya dengan selambanya mencampak sampah dari dalam kereta... Saya tersangatlah pantang melihat habit manusia semacam ni... keselambaan dia bolehlah disamakan dengan keselambaan si ayam ni... Entah dia tu rakyat Malaysia ke tidak agaknya...?

Menghairankan! Orang Jepun yang tak pernah jumpa hadis "Kebersihan itu sebahagian daripada iman" tupun lebih menghargai kebersihan... Teringat pengalaman semasa lawatan sambil belajar ke Jepun. Okasan (ibu dalam bahasa Jepun) basuh dulu tin-tin atau botol-botol sebelum buang ke tong recycle.

No comments: