Wednesday, April 1, 2009

Talian hayat...

Semakin usia meningkat... bertambah terdetik hati untuk mencari matlamat sebenar kehidupan seorang manusia… sebolehnya saya tak mahu jadi yang biasa-biasa saja. Saya bercita-cita ingin jadi seorang berjaya!

Bukan setakat berjaya dalam pelajaran dan kerjaya sebab keputusan 5A Peperiksaan Penilaian Darjah 5 saya, Gred 1 SRP dan SPM saya, sijil Diploma dan Ijazah saya di universiti tempatan dan luar negara, sijil Anugerah Khidmat Cemerlang saya tak mampu membantu saya ketika berdepan ‘interviewer’ di alam kubur! Saya mesti berjaya dalam ujian yang satu ini juga!

Saya mesti dan saya kena cepat! Ajal tiba entah bila... pengalaman kehilangan adik lelaki tersayang ketika berusia 15 tahun akibat kemalangan teramatlah menginsafkan dan menggerunkan saya. Keputusan PMR yang keluar beberapa bulan selepas peninggalannya sangat membanggakan saya walaupun ketika itu kehidupan kami adik-beradik adakalanya juga menerima kesan tempias badai alam rumahtangga orang tua. Mujur adik pergi ketika belum akil baligh. Suara comel budak lelaki masih terngiang-ngiang di fikiran saya. Bagi saya sendiri, dia masih 'mentah' dan 'bersih' TAPI SAYA...???

Besarnya rintangan... besarnya cabaran... tanggungjawab saya sebagai isteri, sebagai ibu, sebagai anak, sebagai saudara-mara, sebagai pekerja, sebagai pemimpin, sebagai jiran, sebagai rakan... dan yang paling penting sebagai khalifahNya. Jika tiada rahmat kasih sayangNya tak berpeluanglah saya menikmati hidup seperti sekarang ini. Maka saya mesti terus berusaha... untuk pulang kepadaNya dengan sebuah kejayaan... Kejayaan yang hakiki. Moga sentiasa diberi kekuatan... amin.

No comments: