Saturday, May 2, 2009

Bahana pengangguran

DUNIA

Perempuh ratu Belanda meninggal dunia


RATU BEATRIX (berbaju merah di sebelah kiri) dan anggota kerabat diraja lain menyaksikan insiden rempuhan di bandar Apeldoorn, Belanda kelmarin.

--------------------------------------------------------------------------------

THE HAGUE - Seorang lelaki yang cuba merempuh kereta yang dipandunya ke arah keluarga diraja Belanda, meninggal dunia di sebuah hospital semalam selepas mengalami kecederaan.

Dalam kejadian rempuhan yang berlaku kelmarin di bandar Apeldoorn, sebanyak lima orang terbunuh manakala pemerintah Belanda, Ratu Beatrix, Putera Mahkota, Willem Alexander dan isterinya, Maxima turut menyaksikan kejadian itu dari sebuah bas.

Pemandu kereta itu yang namanya tidak didedahkan tetapi terdapat laporan bahawa dia kehilangan pekerjaan dan mungkin diusir dari rumah kerana masalah kewangan. Dia bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan.

"Baru-baru ini, dia (pemandu kereta itu) menghubungi saya dan menyatakan dia tidak mampu untuk membawar sewa rumah kerana diberhentikan kerja," kata pemilik rumah, Sem Bosman kepada akhbar De Telegraaf.

Sumber: Kosmo

No comments: