Dan seperti biasalah juga dan seakan satu kemestian, acara sambutan yang bersifat keseronokan duniawi tentunya akan berlangsung di beberapa tempat.
Pandangan peribadi saya...
Sungguh menyedihkan kerana peluang hidup yang diberikan untuk kita semua oleh Pencipta yang Maha Esa digunakan untuk menyambutnya secara keseronokan duniawi dan pembaziran... dengan hiburannya... dengan percikan bunga apinya... ditambah lagi dengan gelagat pemuda pemudi harapan bangsa yang terus berpeleseran hingga ke larut malam... sehingga adakalanya terus mengheret mereka ke kancah perzinaan dan mungkin juga kegiatan jenayah seperti kes rogol, kes bunuh... akibat dari mabuk dan pelbagai lagi kesan negatif... yang terbaru parti seks!

Sambutan Maal Hijrah 1430 di Balai Newcastle.
p/s: Pengalaman saya sendiri ketika melanjutkan pelajaran ke bumi asing UK telah memberikan saya seribu satu pengajaran yang amat berguna dalam hidup saya untuk lebih menghayati betapa indahnya agama Islam biarpun dikelilingi oleh orang asing yang majoritinya bukan seagama. Apabila pulang ke tanahair, hati terasa bimbang... sayu... kerana negara ini majoritinya beragama Islam tapi kehidupannya...???
"Seorang mukmin merupakan seorang Muslim namun tidak semua Muslim itu Mukmin".
Kamus akhirat: Seorang mukmin akan berpaksikan kepada Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup.
Kata-kata ini telah memberikan saya jawapan yang saya cari selama ini. Padanlah ada sesetengah Muslim tidak berakhlak bersesuaian dengan fitrahnya. Muslim sekadar pada nama... entah di mana silapnya... kebanyakan terhenti sekadar menjadi seorang Muslim.
Semoga diri saya diberi kekuatan dan kesabaran untuk terus berusaha mencapai kemajuan hidup sebagai seorang Mukmin sejati InsyaAllah... dan semoga Allah terus memberi petunjuk, kesabaran dan kekuatan untuk terus membimbing anak-anak kita agar tidak mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang telah menjadi sebahagian persekitaran hidup kita sekarang ini...
No comments:
Post a Comment