
Sumber: Kosmo 29 Ogos 2008.
Gadis, mat rempit maut dalam nahas
Oleh MANIRAH OTHMAN dan NORAINI A. GHANI
berita@kosmo.com.my

SEMEK (kanan) sedih mengenangkan anaknya, Zalina yang mati dirempuh mat rempit di Kampung Tok Dir, Kuala Terengganu kelmarin.
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA TERENGGANU - Seorang gadis, Zalina Sulong, 23, (gambar) yang menunggang motosikal maut selepas dirempuh dua buah motosikal yang dipercayai sedang merempit di Kampung Tok Dir dekat sini petang kelmarin.

Malah salah seorang mat rempit itu yang berusia 20 tahun turut meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada pukul 10.40 malam kelmarin.
Manakala seorang lagi penunggang motosikal yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut hanya mengalami cedera ringan dan hanya dirawat sebagai pesakit luar.
--------------------------------------------------------------------------------
Dalam kejadian tersebut, gadis malang itu dirempuh ketika sedang membelok ke arah kanan jalan untuk pulang ke rumahnya di Kampung Tok Pong berhampiran tempat kejadian selepas pulang dari kerja di Chendering kira-kira pukul 6.40 petang.
Menurut ibu mangsa, Semek Mamat, 50, kawasan tersebut sering kali menjadi tumpuan mat rempit, tetapi tidak menyangka kerisauannya terhadap gejala itu meragut nyawa anaknya sendiri.
"Orang kata, dua hingga tiga buah buah motosikal yang sedang berlumba merempuh anak saya yang hendak membelok ke kanan ketika itu," katanya ketika ditemui di rumah- nya dekat sini semalam.
Menurutnya, dia bergegas ke tempat keja- dian selepas dimaklumkan penduduk kampung sebelum melihat anaknya sudah terbaring berlumuran darah.
Katanya, dia dimaklumkan orang kampung yang melihat kejadian yang meragut nyawa anak keduanya itu, salah sebuah motosikal yang ditunggangi mat rempit tersebut telah menyeret anaknya sejauh kira-kira 20 meter.
-------------------------------------------------------------------------------
Komen saya...
Entah apalah masalahnya golongan mat rempit ni...? Saya teramatlah risaunya dengan senario ni... bayangkan apa perasaan kita jika mangsa adalah anak kita...
Ada beberapa faktor yang saya rasakan menyebabkan mereka ini merempit.
1. Tidak ada matlamat atau hala tuju hidup. Mereka ini perlu didedahkan dengan pengertian "We are Khalifah of Allah". Kenapa kita wujud?
2. Tekanan dari rumah... mungkin tidak mendapat perhatian ibubapa atau asyik dileteri ketika di rumah. Mungkin kaedah nasihat yang tidak bersesuaian.
Bercakap tentang faktor ini... saya rasa saya juga perlu memeriksa diri saya sendiri ketika memberi pengajaran kepada anak2.
Dan ada bagusnya jika kita dapat mendekati golongan mat rempit ini dan memahami mengapa mereka bertindak sedemikian.
No comments:
Post a Comment