Well, pengikut agama masing-masing teguh mempertahankan bahawa agama merekalah yang paling bagus. Agama mereka tak ajar segala keganasan, agama mereka mengajar umatNya menjadi insan yang mulia... OK... fine... kalau macam tu baguslah... kesimpulannya semua agama mengajar perkara yang baik... full stop...!
Tapi mengapa pula masih ada saja keganasan, kezaliman, kekejaman yang dilakukan oleh penganut-penganut agama-agama ini...? Why? Why? Why? Dengan kisah-kisah pembunuhannya, penculikannya, fitnah-memfitnahnya... di manakah letaknya kebenaran kata-kata bahawa agama masing2 membawa keamanan dan kemuliaan? Di mana?! Di mana?!
Jadi apa kata... hentikanlah saja pertikaman lidah yang membuang masa dan sia-sia saja. Wake up! Wake up! Tidakkah ada keinginan meneliti semula... bermuhasabah... di mana silapnya diri kita ini sebagai seorang yang beragama hinggakan kita tidak mampu lagi mempertahankan kesuciannya dan membendung segala kejahatan yang semakin berleluasa di atas muka bumi yang sekadar pinjaman ini...!!!
* Yang paling ironiknya kalau ada yang berkata... "Apa kisah! Sebab tu ada syurga, ada neraka" Bak kata si Nabil (Raja Lawak) tu... "Lu fikirlah sendiri!".
Kalau benar agama masing-masing adalah benar dan membawa kebaikan... ayuh buktikan! Apa dibuang masa lagi sementara nyawa masih dikandung badan... Berbaliklah kepada agama yang 'asal' dan 'tulen' itu...!
Akhir kata... kita semua adalah pemimpin... kalau tidakpun pemimpin negara... kita pemimpin empunya diri sendiri, pemimpin keluarga... Pemimpin negara apatah lagi tinggi kuasa dan peranannya...
So, kuasa ada di tangan masing-masing... Jom ajak diri sendiri, keluarga dan negara ke arah kembali untuk dapatkan semula nikmat kebahagian sebenar dari ketulenan agama masing-masing itu...
Tak perlu bersusah-payah mencari formula2 baru kerana semua penganut percaya bahawa agama mereka membawa kebaikan kepada semua. Kembali ke agama yang 'tulen'...
Ku juga cari damai abadi...
Buli Siber: Dakwah ‘Tikus Baik Labu’
3 days ago
No comments:
Post a Comment