
Sumber: ptimes.org
Menatap muka depan suratkhabar semalam membuatkan saya merasa begitu helpless dan sebenarnya terasa seperti useless juga lebih-lebih lagi apabila melihat wajah jenazah kanak-kanak lelaki diusung bapanya mungkin. Mujurlah tiada tanda-tanda terseksa di wajah kanak-kanak itu melainkan wajah seperti sedang tidur dengan tenangnya... sekali-sekala wajah kanak-kanak itu bertukar bersilih ganti dengan wajah little khalifah saya yang mungkin seusia dengannya. Hati ibu mana yang dapat melihat... :(
Sebentar tadi sempat juga membaca entri blog yang sering saya lawati saifulislam.com di mana saya difahamkan sebenar-benarnya masyarakat Barat tidak mendapat gambaran sebenar mengenai isu Palestin ini. Mereka hanya disogokkan dengan kisah-kisah keganasan umat Islam di mana konon-kononnya memang selayaknyalah mereka dihukum sedemikian rupa.
Walau apapun... tidaklah dapat saya bayangkan sekiranya tanahairku Malaysia ini berada di dalam situasi seperti di bumi Palestin. Memang sama sekali tak terbayang... Al-maklumlah rakyat Malaysia sangat-sangat berada di dalam zon yang TERAMAT-AMATLAH selesanya...
Mana mungkin kita terfikir untuk meletupkan diri seperti apa yang berlaku di bumi Palestin bukan? Entah alternatif apa lagilah yang mereka ada agaknya??? Nak diharapkan 'jiran' dan 'rakan taulan' entah bilalah agaknya???
Andaikan kita punya kuasa ajaib seperti 'Hiro Nakamura' di dalam siri Heroes tu... Apa kata hilangkan diri kita seketika untuk tinggal walau sehari di bumi Palestin... silap-silap tak sampai 1 jam meraung-raung kita ingin balik ke Malaysia semula agaknya! Dan yang paling ironiknya... silap-silap kitalah orangnya yang akan dengan sukarelanya menawarkan diri menjadi bom manusia sebagai ikhtiar yang sememangnya paling terakhir demi sekurang-kurangnya mengurangkan usaha musuh mereka melakukan penindasan terhadap mereka... Kita tak tahu... wallahu'alam kerana kita tak merasai penderitaan mereka...
Tataplah sepuasnya wajah ibu yang sedang bergembira dengan kedua-dua permata hatinya di sisi Allah yang Maha Esa...
Sumber: www.thewe.cc
Ya! memang sepatutnya kita bersyukur... dan kita sememangnya amat bersyukur... dan syukur cara rakyat Malaysia sememangnya teramatlah juga menariknya... Syukurnya kita dengan kemerdekaan yang dikecapi dizahirkan dengan gelagat manusia yang terkinja-kinja di malam ambang merdeka di Dataran Merdeka sambil melihat percikan bunga api yang cantik berkilauan... sambil dihiburkan oleh zikir-zikir dan doa-doa para artis di atas pentas... :b

PELBAGAI ragam anak muda menyambut ketibaan Tahun Baru 2009 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada detik 1.1.09.
Sumber: www.kosmo.com.my
Ya! Bersyukurlah namanya tu...!

Sumber: www.kosmo.com.my
Kalaulah orang Palestin melihat tentunya sayu di hati mereka kerana sepanjang hidup mereka hanya dapat melihat percikan bunga api yang keluar dari bedilan peluru... tidak secantik percikan bunga api di tanahairku ini...
Link ni hanya sesuai untuk mereka yang ambil kisah...
http://www.occupation101.com/
http://ifamericansknew.org/
http://fromgaza.blogspot.com/
http://www.nkusa.org/
http://palastineblood.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment