Yang ini disokong sangat-sangat dengan syarat tiada unsur-unsur "Ada udang di sebalik batu" la...
Taman makanan dilancar 13 Jan.
KUANTAN 8 Jan. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melancarkan projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Peringkat Kebangsaan di Lanchang, Temerloh pada 13 Januari ini.
Pada majlis itu, Perdana Menteri akan turut melancarkan Projek Pertanian Moden/TKPM Lanchang membabitkan kawasan seluas 3,600 hektar, yang bakal melonjakkan Pahang sebagai pengeluar utama buah-buahan segar negara.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak berkata, Projek Pertanian Moden/TKPM Lanchang terletak di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Beliau berkata, projek itu dijangka menghasilkan 1.2 juta tan metrik buah- buahan segar bernilai RM1.55 bilion apabila beroperasi sepenuhnya menjelang tahun 2020.
"Projek Pertanian Moden Lanchang dijangka meningkatkan dan menjana hasil serta nilai pengeluaran (pertanian). Ia juga akan mewujudkan lebih ramai usahawan tani dan peluang pekerjaan untuk anak tempatan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Tan Mohd. Aminuddin menjelaskan, hasil pengeluaran projek tersebut sehingga November lalu berjumlah 5,430 tan metrik dengan nilai kira-kira RM7.78 juta.
Menurut beliau lagi, seluas 3,200 hektar daripada keseluruhan kawasan projek itu telah diperuntukan sebagai TKPM swasta, sementara bakinya seluas 400 hektar sebagai TKPM usahawan tani.
Katanya, setakat ini jumlah keluasan tanah yang telah diusahakan ialah 2,196 hektar melibatkan 1,956 hektar bagi TKPM swasta dan 240 hektar bagi TKPM usahawan tani.
Beliau berkata, ketika ini terdapat 27 buah syarikat swasta dan 23 orang usahawan tani mengusahakan tanaman di kawasan berkenaan termasuk Malaysian Agrifood Corporation Berhad (MAFC).
Buli Siber: Dakwah ‘Tikus Baik Labu’
2 days ago
No comments:
Post a Comment