Apakah jihad?
Definisi jihad dalam Syariah Islam sebagaimana yang dimaksudkan di dalam Al-Qur’an dan Sunnah adalah lebih khusus berbanding dengan maknanya dari segi bahasa. Jihad bermaksud “mengerahkan tenaga dan usaha untuk berperang pada jalan Allah, samada secara langsung (bertempur di medan perang), ataupun dengan harta, akal fikiran, membekalkan tentera tambahan, logistik, bantuan perubatan bagi tentera dan sebagainya”.(Muhammad Khayr Haikal, 1996 jil.1: 40)
“Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan nyawanya. Allah melebihkan orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak berperang disebabkan uzur) dengan kelebihan satu darjat.” (Surah al-Nisa’: ayat 95)
“Pergilah kamu beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggunggjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui”. (Surah al-Taubah: ayat 41)
“Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya. Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan memasukkan kamu ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga ’adn. Itulah keuntungan yang besar. Dan ada lagi kurnia lain yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.” (Surah al-Saf: ayat 10-13)
"Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya
kecuali tiga perkara: sedeqah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak lelaki yang soleh yang mendoakannya".
"Tidaklah kamu dianggap baik sehingga kamu membelanjakan dari kurnian Allah yang paling kamu sukai..." (Surah Ali `Imran: ayat 92)
[Info tambahan...]
----------------------------------------------------------------------------------
Marilah kita berjihad sedaya upaya kita dengan menyalurkan sumbangan bantuan kemanusiaan melalui saluran-saluran ini...
Mercy Malaysia
Islamic Relief Malaysia (IRM)
Jamaah Islah Malaysia (JIM)
----------------------------------------------------------------------------------
Akaun Palestin Relief Fund (PRF)
Cheque payable to MERCY MALAYSIA
CIMB Account No : 1424-000-6561053
----------------------------------------------------------------------------------
Bahagian Kewangan NSTP,
31 Jalan Riong,
59100 Kuala Lumpur.
Sumbangan melalui cek yang di belakangnya ditulis ‘Tabung NSTP Untuk Gaza’ atau terus kepada akaun Maybank 514105320501.
----------------------------------------------------------------------------------
Semoga sumbangan ikhlas kita walaupun hanya cukup untuk membeli sekeping roti sekalipun akan menghilangkan rasa lapar anak-anak kecil yatim piatu yang kehilangan ibu bapa mereka di bumi Palestin. InsyaAllah...
"Biar kecil nilainya di mata manusia tapi tinggi ganjarannya di sisi Allah yang Maha Esa."
Buli Siber: Dakwah ‘Tikus Baik Labu’
2 days ago
2 comments:
terima kasih kerana membantu menyebarkan maklumat tentang cara-cara untuk membantu mangsa di Gaza
hanya inilah yang termampu...
Post a Comment