Friday, January 9, 2009

KepadaMu kami kembali...


Sumber: Jangan beli produk AS, Kosmo, 9 Jan 09.

"Ya Allah ya Tuhan kami, dengan rahmat kasih sayangMu kami sempat menghirup udara dunia yang sekadar sementara ini, dan kini kami kembali kepadaMu dengan penuh redha... Ya Allah ya Tuhan kami, insan melihat keadaan kami dengan penuh kesayuan... namun hakikatnya kami amat bahagia kerana dapat bertemu denganMu semula, ya Allah..."

"Semoga mereka yang kami tinggalkan akan meneruskan perjuangan dengan niat suci hanya keranaMu jua. Semoga mereka sentiasa mengingati... walau mereka kalah di dunia, namun mereka menang di akhirat, Insya`Allah."

Syahid! Allahuakbar!!!



Diceritakan oleh Abu Mu'awiyah daripada Al-A'masy daripada Abu Sufyan daripada Anas bahawa Nabi SAW banyak berdoa: Wahai Tuhan yang menetapkan hati, tetapkan hatiku atas agamaMu. Mereka (para sahabat) bertanya: Ya Rasulullah, kami beriman denganmu dan apa yang kamu bawa, apakah kamu masih takut lagi tentang kami? Jawab baginda: Ya, sesungguhnya hati-hati manusia berada di antara dua jari Allah, Dia membolak balikkannya.

(Sunan Ibn Majah)

No comments: