Monday, February 16, 2009

Bersatu teguh, bercerai roboh

Kenapa perlu pertahankan Palestin?
Sebagaimana kita umat Islam merindui dan menyayangi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sepatutnya jugalah Masjidil Aqsa di Palestin iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini dan Kiblat pertama umat Islam menerima pengiktirafan yang sama dan hendaklah dipertahankan.

Maha Suci Dia (Allah) yang telah mengisra’kan hambaNya (Muhammad s.a.w) di malam hari daripada Masjidil Haram (di Mekah) ke Masjidil Aqsa yang Kami (Allah) telah berkatinya” (Surah Al-Isra’: ayat 1)

Pada suatu hari aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai apakah masjid yang pertama sekali dibina di muka bumi ini? Baginda menjawab “Masjidil Haram”. Kemudian aku bertanya lagi. “Kemudian, masjid apa? Baginda menjawab “Masjidil Aqsa”. Aku bertanya lagi. “Berapakah jarak masa antara pembinaan kedua-dua masjid tersebut?” Baginda Rasulullah menjawab. “40 tahun”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Solat di Masjidil Haram adalah sama dengan 100,000 kali solat (di tempat lain) dan solat di masjidku (di Madinah) adalah sama dengan solat 1000 kali, dan solat di Baitul Maqdis adalah sama dengan 500 kali solat. (Riwayat at-Tabarani)

Kenapa kurangnya sokongan kepada Palestin?
Semuanya gara-gara taktik terancang pihak media Barat yang satu ketika dulu mengulas konflik di Palestin sebagai isu Muslims. Kemudian mereka sedar penggunaan nama Muslim dalam hebahan mereka tentunya akan membangkitkan kesatuan seluruh umat Islam di seluruh dunia ke atas konflik yang berlaku di Palestin, maka mereka menukar kepada isu Arab dan akhirnya menukar kepada isu Palestin.

Tujuan media Barat ini?
Supaya skop sokongan terhadap mempertahankan bumi Palestin ini diperkecilkan kepada hanyalah sebagai masalah bangsa Palestin sahaja, bukan masalah bangsa Arab mahupun masalah umat Islam!

Kesannya?
Rasa ‘sense of belonging’ di kalangan umat Islam terhadap Masjidil Aqsa di bumi Palestin telah berjaya dikurangkan. Hebatnya taktik media Barat yang sebenarnya dipelopori kaum Yahudi di Amerika!

Pengorbanan rakyat Palestin

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana anjing-anjing yang mengelilingi hidangan makanan. Sahabat bertanya, “Adakah kerana bilangan umat Islam yang sedikit?” Baginda menjawab, “Tidak, bahkan jumlah kamu masa itu banyak sebagaimana banyaknya buih di permukaan air banjir. Allah mengikis perasaan gerun di dalam hati musuh terhadap kamu dan Allah mencampakkan dalam hati kamu 'al-wahan'.” Sahabat bertanya, “Apa dia wahan itu ya Rasulullah”. Jawab baginda, "Cintakan dunia dan bencikan akhirat".

Akhirnya tinggallah rakyat Palestin dengan segala kekurangan mereka berjuang bersendirian tanpa senjata yang setara dengan pihak musuh hanya berbekalkan lastik dan batu semata-mata demi mempertahankan bumi yang diberkati Allah itu tanpa sokongan sesiapa lagi sedangkan sepatutnya ia dipertahankan oleh seluruh umat Islam sebagaimana kita akan mempertahankan Tanah Haram Mekah dari dicerobohi! Dan dengan keadaan serba kekurangan ini jugalah akhirnya sebahagian daripadanya bernekad bertindak sebagai bom manusia sebagai benteng pertahanan terakhir!

Pegangan mereka hanya satu...

"Dan janganlah engkau menyangka orang-orang yang terbunuh mempertahankan Islam, yakni mati pada jalan ALLAH, jangan kamu sangka mereka mati; bahkan mereka itu hidup di sisi ALLAH, serta diberi rezeki." (Surah Ali Imran: ayat 169)

Tapi malangnya sekali lagi media Barat menggunakan taktik mereka dengan melabelkan perlakuan begitu sebagai perlakuan manusia tidak waras dan gerakan-gerakan bagi memperjuangkan Palestin dilabelkan pula sebagai terrorist!

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sentiasa akan ada sekelompok dari umatKu yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya, ”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”. (Riwayat Bukhari)

Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah kamu memerangi Yahudi. Dan kamu memerangi mereka sehingga pokok dan batu berkata-kata. Lantas ia menyebut, wahai Muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah ke sini dan bunuhlah dia kecuali pokok Gharqad kerana ia adalah pokok Yahudi”. (Riwayat Bukhari, Muslim dan Attarmizi)



Jadi sekarang bagaimana?

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Tidak ada seorang Muslim yang membiarkan saudara Muslimnya ketika maruahnya dicerobohi dan kehormatannya dicela melainkan Allah s.w.t akan membiarkannya (tidak menolong) ketika dia memerlukan pertolongan.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud)

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah mereka beriman kepada Allah dan RasulNya kemudian tidak ragu-ragu berjihad dengan harta dan nyawa mereka. Mereka itulah golongan mukmin yang benar.” (Surah al-Hujurat: ayat 15)

Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).” (Surah al-Anfal: ayat 60)

Adakah kita masih keliru?

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Surah Al Baqarah: ayat 120)

Sesungguhnya telah aku tinggalkan kepada kamu sekalian rujukan yang jika kamu perpegang-teguh dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah NabiNya”. (Hadis sahih, Riwayat Imam al-Hakim dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Rujukan: Kitab “المنتقى من كتاب الترغيب و الترهيب”, Dr. Yusof Al-Qardhawi, m.s. 111

Jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu merujuknya kepada (Kitab) Allah dan (Sunnah) Rasul jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Tindakan demikian adalah paling baik (bagi kamu) dan paling elok akibatnya.” (Surah an-Nisa’: ayat 59).

Adakah berbaloi kita menghayati isu Palestin ini?

Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: ”Sentiasa ada segolongan umatku yang selalu memperjuangkan yang hak. Mereka selalu menang sampai hari kiamat.”

Tidak teringinkan kita menjadi sebahagian daripada rantaian umat Rasulullah s.a.w yang disebut di atas?

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya." (Surah A'li Imraan: ayat 103)

Apa peranan saya dan kita?

Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya. Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan memasukkan kamu ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga ’adn. Itulah keuntungan yang besar. Dan ada lagi kurnia lain yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.” (Surah al-Saf: ayat 10-13)

Salah satunya…

Ibu bapa didiklah anak menjadi Muslim, jangan dibiarkan mereka menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Kenalkan kepada anak-anak kita apa itu Islam dan apa itu Jahiliyyah. Fahamkan mereka siapa Yahudi dan Nasrani dan mengapa mereka dikutuk Allah. Ajarlah anak-anak mencintai kebenaran, keadilan dan memusuhi kezaliman. Agar dengan jiwa tulen seorang putera Muslim dan puteri Muslimah, Yahudi tulen akan dikalahkan oleh Muslim tulen. [Abu Saif]

Recommended reading:
1) Peristiwa bermulanya konflik di Palestin
2) Buku “Pedoman Pendidikan Anak-anak Dalam Islam” Jilid 1-2 tulisan Dr Abdullah Nashih Ulwan.

Pendapat ulama Muslim yang cukup terkenal, Sheikh Muhammad `Ali Al-Hanooti, anggota Dewan Fiqih Amerika Utara, menyatakan:

“Jihad di dalam Al-Qur'an itu bererti menandakan sebuah perjuangan dan usaha yang keras. Kata Jihad berasal dari bahasa Arab yaitu Jahd , yang bererti menghabiskan energi dan kemampuan demi tujuan tertentu.

Secara praktik, Jihad melingkupi 4 cabang dalam Islam, iaitu:

1) Mengajarkan orang tentang Islam. Setiap pemikiran atau perbuatan Dakwah maka itu adalah salah satu bentuk Jihad. Allah SWT berfirman: "Hai Nabi, berjihadlah (melawan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka ialah jahannam. Dan itu adalah tempat kembali yang seburuk-buruknya." (At-Taubah: 73)

Kita tahu bahwa berjihad melawan orang-orang munafik dalam ayat ini bukan bermaksud untuk memerangi, tetapi bererti mendakwahi, dikeranakan seseorang yang munafik itu masih disebut seorang Muslim dan seorang Muslim tidak boleh memerangi Muslim lainnya.

2) Mendisiplinkan hati/jiwa seseorang. Setiap tindakan atau perbuatan untuk memperbaiki dan meningkatkan keimanan seseorang bisa disebut Jihad. Menjauhkan diri dari maksiat serta selalu berada di jalanNya juga merupakan bentuk Jihad.

3) Mengeluarkan wang untuk kepentingan agama Islam. Jihad dengan wang disebutkan beberapa kali dalam Al-Qur'anul Karim. Terkadang itu disebutkan sebelum Jihad dengan jiwa/hati. Jihad dengan wang sangat strategis untuk menggerakkan roda dakwah Islam.

4) Memerangi musuh. Al-Qur'an menggunakan kata lain dalam 'memerangi'. Dalam bahasa Arab kata tersebut adalah Qital. Jadi Qital dalam Al-Qur'an (memerangi) adalah pelaksanaan Jihad yang keempat.

Konsep Jihad ini berdasarkan pendapat Ibn Qayyim Al-Jawziyyah’s Zad al-Ma`ad .

Dan...
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya, "Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali". (Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi)

Argh sukarnya berjihad!!!

Ya memang sukar... Hatta untuk mendapatkan pingat darjah kebesaran dari seorang Sultanpun sukar inikan pula mengharapkan ganjaran dari Tuhan pemilik sekalian alam! Tapi... bukankah itu sebaik-baik ganjaran?

Kisah si burung pipit...

Dikisahkan pada zaman Nabi Ibrahim dulu, pada ketika Nabi Ibrahim dibakar oleh Raja Namrud yang zalim, api dikatakan sangat besar menjulang-julang sehinggakan menghampirinya juga berasa begitu panas. Ramai orang memerhatikan sahaja, takut dan bimbang akan kemurkaan Raja Namrud.

Tiba-tiba, kelihatan ada seekor burung pipit yang sangat kecil terbang berulang-ulang kali dari kawasan perigi ke tempat pembakaran itu. Rupa-rupanya, burung kecil itu sedang membawa air menggunakan paruhnya yang kecil itu, untuk menyiram api yang sangat marak menyala.

Haiwan lain bertanyakan kepada burung kecil itu, “Kau ni, melakukan sesuatu yang sia-sia. Masakan air yang kau bawa itu dapat memadamkan api yang besar itu?”

Burung kecil itu menjawab, “Paling kurang, nanti bila aku mati nanti, dan berhadapan dengan Allah nanti, aku boleh menyatakan ini usaha aku untuk membantu nabi Ibrahim. Air yang sedikit ini akan menjadi saksi usaha aku yang kecil ini”



Semoga kita semua sentiasa menyimpan azam untuk berusaha menjadi Muslim yang realiti serta konsisten dan menjadi sebahagian rantaian manusia yang berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah… Amin…

No comments: