Si A: Eh, kenapa ye? Ada juga orang yang solat tapi masih buat dosa.
Si B: Buat dosa yang macam mana A?
Si A: Ye la... solat tu dia solat jugak tapi lepas tu gi dating dengan pakwe dia. Tudungpun pakai elok sangat dah...?
Si B: Alah A... dah sebab solat dan bertudung tu wajib dia ikut sajalah... bab dating tu pulak tak beranilah den nak komen ye A...
Ulasan seorang hamba Allah...
Memberikan sebab solat itu wajiblah yang menjadikan ramai yang solat berbuat dosa. Disebabkan tudung itu wajiblah, maka berjumpa boyfriend bertudung.
Pendekatan mewajibkan ini adalah fekah.
Cuba pendekatan tauhid, solat itu untuk mengenal Allah, bertudung itu untuk menyatakan berterima kasih kepada Allah.
Ia selari dengan ayat. “Fa waylul lil musoleen. Alzazi nahum ..” iaitu Allah mewajibkan solat (semua rukum Islam), tetapi pada masa yang sama Allah peringatkan yang solat juga tidak ketinggalan diancam dengan neraka, maknanya menghidupkan solat (dan rukun Islam lain) itu lebih wajib.
Jangan hanya mementingkan cara tetapi fahami tujuan beribadah.
Wallahua'lam...
Buli Siber: Dakwah ‘Tikus Baik Labu’
3 days ago
No comments:
Post a Comment