Sunday, March 29, 2009

Daku impikan si dia

Tanyalah mana-mana lelaki atau wanita mengenai jodoh bagaimana yang mereka impikan. Kebanyakannya akan berkata rupa paras bukanlah kriteria utama asalkan sedap mata memandang.

Bagi lelaki, yang penting biarlah wanita itu bijak menguruskan rumahtangga dan pandai menjaga diri.

Bagi wanita pula, yang penting lelaki itu seikhlas hati menyayangi dan melindungi dirinya serta beriman agar dapat membimbing diri serta anak-anak yang bakal dilahirkan.

Tapi… bagaimanalah mungkin agaknya seseorang lelaki atau wanita yang pembawakan dirinya tidak sedikitpun cenderung ke arah mendapat jodoh mengikut ciri-ciri seperti yang diharapkan?

Si lelaki, impikan wanita yang pandai menjaga diri sedangkan diri sendiripun tidak dapat dikawal akal dan nafsunya?

Si wanita, impikan lelaki yang beriman sedangkan dirinya tidak pula berusaha kea rah yang sama?

Bukankah Allah telah memberikan pedoman dan peringatan bahawa "Wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk wanita baik." (Surah An-Nur: ayat 26) [...]

Setakat ini, belum pernah atau jarang benar saya mendengar pasangan suami isteri yang seiya sekata menetapkan matlamat utama perkahwinan mereka untuk melayari bahtera berkeluarga mereka bersandarkan sunnah dan panduan Al-Quran menghadapi kegagalan di dalam perkahwinan mereka.

Mereka inilah yang akan saya jadikan idola dalam menghadapi kehidupan berkeluarga. Bagi diri saya sendiri mengakui masih banyak kelemahannya tapi saya bersyukur kerana saya dan dirinya masing-masing menyimpan azam dan diberikan semangat untuk terus berusaha ke arah memperbaiki segala kekurangan dalam kehidupan kami sekeluarga. Cabaran dan dugaan tetap ada. Semoga hati kami sekeluarga terus didorong dan diberikan kekuatan ke arah mencapai kebahagiaan hakiki dalam erti kata sebenar sebuah kehidupan. Sebuah kehidupan yang berjaya dan diberkatiNya jua di dunia dan di akhirat. Amin...

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu. Jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." (Imam Nawawi)

LELAKI IDAMAN SAYA

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang2 yang berjuang dijalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak pernah bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak pernah bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajkan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga
Yang akan mendidik isteri dan anak2 mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan Syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya

Sumber: Lelaki Idaman Saya

No comments: