
Sumber: Kosmo Online 22 Ogos 2008.
ABDULLAH meninjau perkhidmatan tren komuter ketika dalam perjalanan dari Serdang ke Masjid Jamek di Kuala Lumpur semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam ini menaiki tren komuter dan LRT bagi mengetahui sendiri masalah orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam di bandar raya dan mendapati perkhidmatan itu kurang memuaskan.
Dalam perjalanan dari Serdang ke Masjid Jamek menggunakan dua perkhidmatan rel berbeza itu, Perdana Menteri menyaksikan masalah kesesakan yang berlaku terutama pada waktu puncak serta berbual-bual dengan penumpang bagi mendapatkan maklumat balas mengenai perkhidmatan itu.
Bercakap kepada Bernama di stesen Masjid Jamek, Abdullah melahirkan rasa tidak puas hati dengan perkhidmatan sistem rel yang disediakan dan mahu tindakan segera diambil untuk memperbaikinya.
Katanya, perkhidmatan itu tidak bersistematik, gerabak tidak mencukupi dan liputan laluan tidak meluas.
"Saya lihat tadi keadaan tren yang digunakan untuk penumpang setiap pagi untuk pergi kerja. Mereka sentiasa berebut-rebut bila tren tiba. Dari segi itu, ialah nampaknya macam tak ada sistem.
"Yang ini yang saya rasa tak senang hati kerana rakyat tidak mendapat satu kepuasan daripada menggunakan tren. Ini kita kena perbaiki," katanya.
2 comments:
...Patut refer ke sistem pengangkutan darat Germany, amat2 efisien, teratur, tepat masa dan penumpangnya amat disiplin walaupun berpakaian macam lanun.
Setakat ni belum ada peluang ke Germany. ;)
Post a Comment