Saya impikan...
* Pemimpin-pemimpin yang bersungguh dan seikhlas hati menerajui negara ke arah kesejahteraan seluruh rakyatnya bukan sahaja di dunia dan malah juga di akhirat.
* Sistem kewangan yang tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
* Sebuah negara yang selamat dan terjaga sekelilingnya. Mengenangkan kisah arwah adik Nurin Jazlin dan adik Sharlinie sudah cukup menggerunkan saya bagaimanalah keadaan anak-anak saya di masa hadapan.
* Sistem pengangkutan yang efisien dan selesa serta tepati jadual waktunya agar berkurangan masalah kesesakan jalanraya dan pencemaran alam sekitar.
* Persekitaran yang indah, bersih dan menyihatkan seboleh mungkin menyaingi keindahan di luar negara dan rakan-rakan sewarga yang juga pencinta kebersihan dan pencinta alam. Tak tahan rasanya saya melihat sampah sarap yang bertaburan terutamanya setiap kali selepas selesainya sesuatu acara dan sungai-sungai yang tercemar. Akhirnya berlaku pula banjir kilat yang menyusahkan semua! Saya sedar masih banyak negara lain yang lebih kurang bernasib baik dari negara kita tapi rasanya tak salah jika kita terus berusaha dan pandang ke hadapan.
* Saudara Muslimku bersama-sama menjalankan kewajipan membayar zakat supaya akan berkuranganlah kesusahan yang dihadapi oleh saudara Muslim yang lain.
Mustahilkah tercapai???
Buli Siber: Dakwah ‘Tikus Baik Labu’
23 hours ago
No comments:
Post a Comment